Pengetahuan, sikap dan amalan (PSA) para pekebun kecil sawit di mukim Bukit Garam, daerah Kinabatangan, Sabah dalam penggunaan racun rumpai

Ahmad Safwan Awang, (2014) Pengetahuan, sikap dan amalan (PSA) para pekebun kecil sawit di mukim Bukit Garam, daerah Kinabatangan, Sabah dalam penggunaan racun rumpai. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Pengetahuan, sikap dan amalan (PSA) para pekebun kecil.pdf

Download (12MB)

Abstract

Kajian ini telah dijalankan bagi tahap pengetahuan, sikap dan amalan para pekebun kecil sawit di Mukim Bukit Garam, Daerah Kinabatangan, Sabah terhadap penggunaan racun rumpai serta mencadangkan cara memperbaiki tahap pengetahuan, sikap dan amalan mereka kepada agensi yang berkaitan dengan pertanian seperti Jabatan Pertanian Negeri Sabah. Kaedah kajian adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang mempunyai empat bahagian iaitu bahagian maklumat latar belakang pengusaha, pengetahuan, sikap dan amalan responden. Tujuh puluh (70) orang responden terpilih melalui persampelan rawak mudah dan telah ditemu ramah. Hasil Kajian diperolehi secara deskriptif mendapati majority daripada responden mengetahui penggunaan racun rumpai namun masih belum menghayati keseluruhan aspek penggunaan racun rumpai. Mereka juga bersikap positif terhadap penggunaan racun rumpai dalam memanfaatkan penggunaan racun rumpai dengan betul dan mengetahui faktor pemilihan racun yang bersesuaian dengan ladang sawit. Majoriti responden juga mematuhi amalan panduan pemilihan, penggunaan dan penyemburan yang betul. Walau bagaimanapun, pihak-pihak yang berkaitan dengan pertanian seperti Jabatan Pertanian dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) disyorkan untuk menggiatkan lagi kegiatan-kegiatan seperti latihan, kursus dan pegembangan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, sikap dan amalan para pekebun keeil saw it di Mukirn Bukit Garam, Daerah Kinabatangan, Sabah terhadap penggunaan racun rumpai. Dalam melaksanakan penyaluran maklumat dan khidrnat nasihat ini, aspek-aspek berkaitan dengan Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) yang banyak diperkatakan sejak kebelakangan ini perlu juga diberi penekanan. Ini adalah kerana Pengurusan Perosak Bersepadu secara komprehensif banyak menyentuh kepada kaedah-kaedah alternative yang sama dalam pengurusan rumpai di kawasan sawit dan mengaitkan juga dengan aspek-aspek pemuliharaan tanaman.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: weedicide, level of knowledge, attitude, practice, oil palm, smallholders, Mukim Bukit Garam
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira
Date Deposited: 17 Jul 2018 05:57
Last Modified: 17 Jul 2018 05:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository