Perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan dalam kalangan keluarga etnik Rungus di Sabah

Norhamidah Jarimal @ Safri, (2009) Perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan dalam kalangan keluarga etnik Rungus di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000493.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan keluarga etnik Rungus di daerah Kudat dan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 243 responden lelaki dan perempuan (111 kawasan bandar dan 132 luar bandar) yang mempunyai anak berumur 7 hingga 17 tahun dan tinggal dalam keluarga yang Iengkap telah dijadikan responden kajian. Pendekatan kajian ini adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik Economic Strain Questionnaire (ESQ) bagi mengukur kesulitan ekonomi, Kansas Marital Satisfaction Scale (KMS) dan Dyadic Adjustment Scale (DAS) mengukur kualiti perkahwinan dan Parent's Report (PR) mengukur tingkah laku keibubapaan. Secara keseluruhannya,hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kesulitan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan. Selain itu, didapati kesulitan ekonomi dan kualiti perkahwinan memberikan pengaruh ke atas tingkah laku keibubapaan.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: economic hardship, marital quality, parenting behavior, Rungus
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 28 Nov 2014 06:16
Last Modified: 30 Oct 2017 03:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10027

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository