Penyebatian elemen-elemen asas keusahawanan melalui PBPP dalam kalangan pelajar perdagangan Tingkatan Empat

Cheng, Tsen Lui (2016) Penyebatian elemen-elemen asas keusahawanan melalui PBPP dalam kalangan pelajar perdagangan Tingkatan Empat. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Penyebatian elemen-elemen asas.pdf

Download (22MB) | Preview

Abstract

Pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek perniagaan (PBPP) dalam kajian ini mengintegrasikan strategi REACT Crawford (2001) dengan melaksanakan program-program seperti ceramahan keusahawanan, kajian pemasaran, rancangan perniagaan dan aktiviti perniagaan. Tujuan kajian ini adalah menyebatikan elemen-elemen asas keusahawanan semasa pelaksanaan PBPP. Pelaksanaan PBPP melibatkan sembilan orang pelajar Perdagangan tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah harian di negeri Sabah. Persampelan bertujuan digunakan. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan strategi kajian kes dan fenomenologi. Teknik pengumpulan data ialah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data-data yang diperolehi dianalisis secara manual dengan menggunakan teknik analisis sesama kes (within-case analysis) sebelum dianalisis semula secara bersilang kes (cross-case analysis). Data dianalisis mengikut tematik (thematic analysis) bagi mengenal pasti kategori dan tema dalam data. Selain itu, penyelidik dan tiga orang guru dalam bidang Teknik dan Vokasional bekerjasama membantu menjayakan program-program PBPP kajian ini. Triangulasi data dilakukan menerusi sembilan orang pelajar dan maklum balas tiga orang guru yang berperanan sebagai fasilitator. Di samping itu, data-data juga daripada temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian mendapati pelaksanaan PBPP telah menyebatikan pengalaman asas keusahawanan, pembangunan kompetensi keusahawanan dan muncul kecenderungan pelajar terhadap kerjaya keusahawanan. Penyebatian elemen-elemen asas keusahawanan ini memperlihatkan implikasi kepada inovasi dalam kurikulum Perdagangan dan penambahbaikan amalan pedagogi guru dengan menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar. Pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah pemiagaan dalam konteks sebenar. Ini menimbulkan kecenderungan pelajar-pelajar terhadap kerjaya keusahawanan. Kajian ini telah menyumbang sebuah model penyebatian elemen-elemen asas keusahawanan dalam mata pelajaran Perdagangan di peringkat sekolah menengah. Kajian lanjutan dicadangkan mempelbagaikan strategi pelaksanaan PBPP dengan pelajar Perdagangan daripada aliran KHB yang berbeza. Pelaksanaan PBPP juga dicadangkan agar dapat dikembangkan ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk penyebatian elemen-elemen asas keusahawanan dalam persekitaran yang berbeza. Selain itu, pendekatan kuantitatif boleh digunakan untuk memperluaskan skop kajian menerusi soal selidik ke sekolah-sekolah menengah lain di negeri Sabah.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Uncontrolled Keywords: integrate, entrepreneurship, Form Four students, Commerce, secondary school
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 24 Oct 2017 03:39
Last Modified: 24 Oct 2017 03:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10031

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository