Kepimpinan transformasi pentadbir dan hubungannya dengan penggunaan ICT guru dalam pengajaran dan pembelajaran

Noorlinah Ekang, (2009) Kepimpinan transformasi pentadbir dan hubungannya dengan penggunaan ICT guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Kepimpinan transformasi pentadbir.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap kepimpinan transformasi pentadbir dan penggunaan ICT guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu, turut di kenal pasti adalah perbezaan penggunaan ICT guru mengikut mata pelajaran dan akhir sekali adalah untuk menentukan hubungan antara kepimpinan transformasi pentadbir dan sub skala kepimpinan transformasi pentadbir dengan penggunaan ICT guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Sampel kajian adalah terdiri daripada 175 orang guru daripada lima buah sekolah menengah sekitar daerah Kota Kinabalu yang mengajar beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam. Analisis data akan menggunakan SPSS versi 15.0. Penganalisaan dapatan kajian menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, One Way ANOVA dan analisis korelasi Pearson dengan penetapan aras signifikan p < 0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru terhadap tahap kepimpinan transformasi pentadbir secara keseluruhannya berada di tahap yang sederhana dengan min 3.19. Dari aspek tahap penggunaan ICT guru pula menunjukkan tahap sederhana juga dengan min 2.77. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan penggunaan ICT guru mengikut mata pelajaran. Sementara itu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi pentadbir dengan penggunaan ICT guru. Kajian mencadangkan pentadbir perlu meningkatkan kecekapan dalam bidang ICT untuk menjadi 'role model' kepada guru. Begitu juga dengan penggunaan ICT guru dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dipertingkatkan lagi.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: teachers' perceptions, administrators, leadership, transformation, ICT usage, teaching and learning
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 24 Oct 2017 03:39
Last Modified: 24 Oct 2017 03:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10044

Actions (login required)

View Item View Item