Kepelbagaian semut (Hymenoptera: Formicidae) sebagai indikator bagi perbezaan jenis guna tanah

Sukarman Sukimin, (2007) Kepelbagaian semut (Hymenoptera: Formicidae) sebagai indikator bagi perbezaan jenis guna tanah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
15Mb

Abstract

Kajian mengenai kepelbagaian semut (Hymenoptera: Formicidae) sebagai indikator telah dijalankan selama lebih kurang satu tahun bermula pada bulan Januari 2005 hingga Februari 2006 (termasuk kerja-kerja makmal). Tiga kawasan dengan status gunaan tanah yang berbeza telah dijadikan tempat kajian ini, iaitu; hutan primer Taman Banjaran Crocker, rintis 5 stesen Ulu Kimanis; padang rumput di Padas Damit, Klias dan ladang kelapa sawit juga di Padas Damit, Klias. Tujuan keseluruhan daripada kajian ini ialah melihat kesan guna tanah terhadap kepelbagaian semut. Objektif kajian pula ialah: (1) mengkaji kepelbagaian semut di ketiga-tiga kawasan kajian (2) membandingkan perbezaan struktur komuniti semut (3) melihat kesan penggunaan kaedah penyampelan yang berbeza terhadap kepelbagaian semut(4) mengkaji potensi semut sebagai indikator bagi suatu habitat. Bagi mencapai objektif-objektif ini tiga kaedah kajian telah digunakan iaitu; (1) Manual (2) Beg Winkler dan (3) Pitfall Trap. Kaedah-kaedah ini dibuat dalam transek 100 m. Melalui ketiga-tiga kaedah ini sebanyak sepuluh subfamili, 69 genus, 326 spesies, dan 135,216 individu telah berjaya dikumpul dan didokumenkan. Hutan primer mencatatkan jumlah tertinggi dalam bilangan morfospesies iaitu 277 diikuti oleh ladang kelapa sawit dengan 107 morfospesies sementara padang rumput merekodkan 57 morfospesies. Analisis ANOVA menunjukkan nilai yang bererti signifikan: df=2, F=57.35, p<0.0001. Subfamili Myrmicinae menunjukkan kekayaan spesies yang paling tinggi di ketiga-tiga kawasan. Analisis Cluster menunjukkan spesies-spesies yang didapati sangat berbeza antara ketiga-tiga kawasan. Program PC-ORD digunakan untuk menentukan nilai indikator bagi setiap spesies. Nilai indikator ditentukan berdasarkan kombinasi antara nilai kelimpahan relatif (RA) dan frekuensi relatif (RF). Spesies-spesies yang dicadangkan sebagai indikator adalah spesies-spesies yang mempunyai nilai indikator tertinggi dan menyerlah sangat berbeza (terhad pada satu kawasan kajian). Terdapat enam spesies mempunyai potensi yang tinggi sebagai indikator; Lophomyrmex bedoti dan Diacamma intricatum di hutan primer, Solenopsis geminata dan Monomorium sp.7 cf. falcatum di padang rumput, Anoplolepis gracilipes dan Diacamma rugosum di ladang kelapa sawit. Kaedah Manual dalam transek 100 m mencatatkan bilangan spesies yang terbanyak di kawasan hutan primer (203) dan ladang kelapa sawit (79). Manakala Beg Winkler mencatatkan bilangan spesies yang terbanyak di padang rumput (41). Dari segi kelimpahan individu, kaedah Pitfall Trap adalah paling berkesan di ketiga-tiga kawasan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:diversity, ant, indicator, habitat, transect method, land
Subjects:Q Science > QL Zoology
Divisions:SCHOOL > Institute for Tropical Biology and Conservation
ID Code:10080
Deposited By:IR Admin
Deposited On:11 Dec 2014 14:23
Last Modified:11 Dec 2014 14:23

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository