Niat ingin berhenti kerja: Kajian ke atas doktor dan jururawat hospital kerajaan di negeri Sabah

Nurul Nadia Abd Aziz, (2006) Niat ingin berhenti kerja: Kajian ke atas doktor dan jururawat hospital kerajaan di negeri Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
11Mb

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menganalisis tahap niat ingin berhenti kerja di kalangan doktor dan jururawat yang bertugas di hospital kerajaan di negeri Sabah. Skop bagi kajian ini terdiri daripada sepuluh buah hospital kerajaan di seluruh negeri Sabah di mana kadar maklumbalas doktor yang diperolehi adalah mewakili 24% daripada keseluruhan doktor di negeri Sabah, manakala kadar maklumbalas jururawat pula mewakili 13% daripada keseluruhan jururawat di negeri Sabah. Instrumen utama kajian ini ialah borang soal-selidik di mana item-item yang digunakan dalam borang soalselidik tersebut telah diambil dan diubahsuai daripada kajian-kajian terdahulu. Teknik analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian-T, ANOVA-satu hala, dan regresi. Hasil analisis mendapati 20% daripada jumlah keseluruhan respond en doktor di hospital kerajaan berhasrat untuk berhenti kerja. Peratusan yang agak tinggi ini turut menuntut perhatian pihak kerajaan memandangkan kerajaan pada ketika ini sedang berusaha menangani masalah kekurangan doktor. Meskipun demikian, tahap niat ingin berhenti kerja bagi jururawat jauh lebih rendah berbanding doktor iaitu 4.1% daripada jumlah keseluruhan responden jururawat. Kajian turut meneliti faktor-faktor peramal niat ingin berhenti kerja bagi doktor dan jururawat yang berkhidmat di hospital kerajaan di negeri Sabah. Hasil kajian mendapati faktor peramal niat ingin berhenti kerja bagi doktor adalah tekanan kerja dan komitmen manakala faktor peramal niat ingin berhenti kerja bagi jururawat adalah budaya hospital dan budaya wad yang bersifat sokongan, tekanan kerja, kepuasan dan komitmen terhadap organisasi.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:intention, quit, doctors and nurses, government hospital, job satisfaction, commitment
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce
Divisions:SCHOOL > School of Business and Economics
ID Code:10116
Deposited By:IR Admin
Deposited On:11 Dec 2014 14:14
Last Modified:11 Dec 2014 14:14

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository