Pencirian konkresi dan tanah dari kawasan Telipok dan Ranau Sabah melalui pengukuran sifat kemagnetan, kandungan mineral dan logam berat

Saturi Baco, (2009) Pencirian konkresi dan tanah dari kawasan Telipok dan Ranau Sabah melalui pengukuran sifat kemagnetan, kandungan mineral dan logam berat. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
12Mb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mencirikan sampel konkresi (SK) dan sampel tanah (ST) yang diambil dari empat lokasi berbeza di Sabah iaitu di Kundasang (SK1, ST1), Jalan Simpang Poring, Ranau (SK2, ST2), Kg Tudangan, Ranau (SK3, ST3) dan Telipok (SK4, ST4) melalui pengukuran sifat kemagnetan, kandungan mineral, komposisi unsur-unsur major, kepekatan logam berat dan morfologi serta saiz butiran bermagnet dengan menggunakan kaedah Magnetometer Sampel Bergetar (VSM), Pembelauan Sinar-X (XRD), Pendarflor Sinar-X (XRF), Spektroskopi Serapan Atom (AAS) dan Mikroskop Elektron Pengimbas (SEM). Sampel konkresi dan tanah diekstrak terlebih dahulu menggunakan bar magnet (780Gauss) untuk memisahkan bahan-bahan bermagnet dari sampel sebelum analisis pemagnetan pada suhu bilik dijalankan. Beberapa parameter magnet seperti pemagnetan tepu, MSI pemagnetan baki, Mrs/ medan paksa, Hc dan medan baki, H diperolehi daripada gelung histeresis. Berdasarkan kepada nisbah Mrs / Ms dan Hcr/Hc (Day et al.,1977), sampel ST1, ST2, ST3, SK3 dikelaskan dalam butiran domain pseudo-tunggal (PSD), dan sampel SK1 dalam butiran domain pelbagai (MD). Analisis mineral dan saiz hablur (Dhkl) melalui teknik XRD mendapati, wujudnya mineral bermagnet seperti mineral antiferomagnet iaitu hematit (a - Fe₂O₃), mineral feromagnet iaitu magnetit (Fe₃O₄) dan titanomagnetit (Fe₂.₂₅Ti₀.₇₅O₄) termasuk juga mineral kuarza (SiO₂) dan aluminum oksida (AI₂O₃) pada puncak utama pembelauan sinar-X yang dipadankan dengan pangkalan data menggunakan Perisian X'Pert Highscore. Analisis saiz hablur (Dhkl) ke atas mineral-mineral utama mendapati, nilai purata D bagi mineral kuarza ialah D₀₁₁ =66.34 nm; hematit α=52.02 nm dan mineral aluminum oksida, D₁₀₀ = 28.87 nm. Didapati semakin rendah nilai lebar pada puncak separuh maksimum (FWHM), semakin bertambah nilai saiz hablur. Kajian komposisi unsurunsur major melalui analisis XRF memperlihatkan sampel didominasi oleh unsur besi oksida (Fe₂O₃), silika (SiO₂) dan alumina (AI₂O₃). Sampel dari Ranau iaitu sampel konkresi (SK3) mengandungi peratus Fe₂O₃ paling tinggi iaitu 49.00% berbanding sam pel konkresi yang lain, sementara sampel tanah (ST2) menunjukkan peratus kelimpahan Fe₂O₃ paling tinggi iaitu 46.93% berbanding sampel tanah yang lain. Sampel SK4 dan ST4 dari Telipok mengandungi peratus komposisi Fe₂O₃ paling rendah, masing-masing 12.63% dan 18.40%. Penentuan kepekatan kandungan logam berat pula memperlihatkan nilai kepekatan kandungan log am Ni dan Cr adalah tinggi bagi sampel konkresi SK1 (Ni:3364.00±41.14 mgkg⁻¹; Cr:1126.00± 16.36 mgkg⁻¹) dan sampel tanah ST3 (Ni:2209.00± 71.36 mgkg⁻¹; Cr:2221.00± 19.41 mgkg⁻¹). Kepekatan logam Zn adalah rendah diikuti logam Cu, Pb dan Cd dalam kesemua sam pel tanah dan konkresi . Ujikaji keatas morfologi dan saiz butiran bermagnet mendapati sampel tanah dan konkresi bermagnet menunjukkan bentuk sub-bulat dan bersudut dengan saiz butiran berbeza. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, didapati bahawa lokasi berlainan menunjukkan ciri-ciri tanah dan konkresi yang berbeza. Kesimpulannya sifat kemagnetan pada sampel tanah dan konkresi sangat dipengaruhi oleh kehadiran mineral bermagnet, unsur besi oksida dan kepekatan logam berat terutamanya logam bermagnet seperti nikel.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:concretion, soil, concentration, magnetic, extraction, X'Pert Highscore Software
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:10156
Deposited By:IR Admin
Deposited On:11 Dec 2014 13:50
Last Modified:11 Dec 2014 13:50

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository