Penyakit gila dan rawatan tradisional dalam kalangan orang melayu kampung di mukim Kupang

Selmah Abdul Rahman, (2008) Penyakit gila dan rawatan tradisional dalam kalangan orang melayu kampung di mukim Kupang. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000519.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Tesis ini ditulis adalah untuk memperlihatkan kefahaman tentang penyakit gila di kalangan masyarakat Melayu di Mukim Kupang. Perbincangan mengenal isu ini merangkumi penghuraian tentang konsep penyakit gila, memahami fenomena sakit gila dan pemilihan terhadap rawatan dan pengubatan tradisional serta teknik-teknik penyembuhan dan pemulihan yang dipraktikan. Untuk menghuraikan fenomena sakit gila, kaedah yang digunakan ialah kaedah kajian kes dan life history. Kajian life history ini melibatkan enam belas orang pesakit gila yang tinggal di empat buah kampung di Mukim Kupang. Dapatan kajian ini dianalisa secara deskriptif. Berdasarkan kajian kes dan data life history itu didapati punca yang boleh menyebabkan ramai di kalangan orang-orang Melayu itu menjadi gila adalah kerana mereka mengalami tekanan jiwa. Tekanan ini dikatakan berpunca daripada tekanan hidup, kecewa, putus cinta dan seumpamanya. Namun masyarakat Melayu di Mukim Kupang, mempercayai bahawa peningkatan terhadap sakit gila itu adalah disebabkan oleh perbuatan sihir, tersalah menuntut ilmu dan seumpamanya. Atas dasar itu ada di kalangan orang-orang Melayu itu memilih rawatan secara tradisional untuk memulihkan sakit gila yang dialami oleh mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: insanity, sickness, insane patient, Malay, perception, community, treatment
Subjects: R Medicine > RZ Other systems of medicine
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 06 Feb 2015 01:50
Last Modified: 30 Oct 2017 03:51
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10169

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository