Pelaksanaan Program j-QAF dalam pengajaran Pendidikan Islam KBSR gabungan Kota Kinabalu Sabah

Khuzaifah Jusoh, (2006) Pelaksanaan Program j-QAF dalam pengajaran Pendidikan Islam KBSR gabungan Kota Kinabalu Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000524.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perbezaan persepsi antara Pentadbir, GPI dan Guru j-QAF dari aspek pelaksanaan, penjadualan dan kerjasama terhadap program j-QAF. Selain itu, kajian juga turut meninjau pengaruh sesi persekolahan dan pengaruh pengalaman bekerja terhadap pelaksanaan j-QAF. Di samping itu, hubungan antara penjadualan dan kerjasama dengan pelaksanaan j-QAF turut dikaji. Kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik diaplikasikan dalam kajian ini. Prosedur kajian dijalankan ke atas Pentadbir, Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF iaitu seramai 160 orang yang terdiri daripada 60 orang Pentadbir, 50 orang Guru GPI dan 50 orang Guru j-QAF yang dipilih secara rawak. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif (min), inferens (Ujian-t), ANOVA Sehala dan Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan Pentadbir, GPI dan Guru j-QAF mempunyai persepsi yang positif terhadap program j-QAF dari aspek pelaksanaan, penjadualan dan kerjasama dengan mencatat skor min melebihi 3.0. Perbezaan persepsi antara kumpulan tersebut aclalah di bawah 0.05, p<0.05. Pengalaman bekerja mempengaruhi pelaksanaan, penjadualan dan kerjasama terhadap program j-QAF dengan cacatan 0.000, p<0.05 mana kala sesi persekolahan tidak mempengaruhi pelaksanaan penjadualan dan kerjasama terhadap program j-QAF dengan catatan p> 0.05. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana antara penjadualan dan kerjasama dengan pelaksanan program j-QAF dengan catatan r = 0.49 dan r = 0.42. Diharap maldumat yang diperoleh daripada hasil kajian ini dapat mernbantu Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam program j-QAF demi untuk menjamin keperkasaan Pendidikan Islam.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: perception, Islamic education, teacher, j-QAF programme, school administrator
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 12 Dec 2014 06:47
Last Modified: 30 Oct 2017 03:56
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10175

Actions (login required)

View Item View Item