Kajian penentuan suhu permukaan laut menggunakan data satelit NOAA AVHRR

Mohammad Syahmi Nordin, (2008) Kajian penentuan suhu permukaan laut menggunakan data satelit NOAA AVHRR. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
12Mb

Abstract

Dalam kajian ini, suhu permukaan laut atau Sea Surface Temperature (SST) sekitar perairan laut Sabah telah ditentukan dengan menggunakan data satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) Advanced Very High Resolution Radiometer (AVHRR). Data NOAA AVHRR yang digunakan adalah berformat Automatic Picture Transmission (APT) yang diperolehi secara terus melalui stesen penerimaan bumi atau Ground Receving Station (GRS) di Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Data APT yang diperolehi mempunyai resolusi yang rendah iaitu sekitar empat kilometer dan hanya mempunyai satu jalur termal inframerah, iaitu jalur 4 AVHRR (10.3µm - 11.3µm). Jalur termal inframerah tersebut telah dikalibrasi kepada suhu kecerahan dengan menggunakan maklumat bingkai telemetri yang terdapat di bahagian tepi imej NOAA APT. Algoritma penentuan SST bagi siang hari menggunakan satu jalur inframerah berdasarkan pada teori penghantaran radiatif telah digunakan. Algoritma yang digunakan juga melibatkan kombinasi pembetulan gangguan atmosfera dan transmisi. Model transmisi yang digunakan adalah jenis model jalur spektrum yang telah dibangunkan oleh (Barton, 1983) bagi proses pembetulan gangguan atmosfera. Pemprosesan SST bagi data NOAA APT telah dijalankan dengan menggunakan perisian Earth Resources Data Analysis Syatem (ERDAS) versi 8.5 dan Environment for Visualizing Images (ENVI) versi 4.3. Nilai digital bagi jalur 2 (0.725µm - 1.0µm) dan suhu kecerahan jalur 4 bagi data APT telah digunakan untuk proses penopengan darat dan awan. SST yang diperolehl dibandingkan dengan data in-situ yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia. Hasilnya SST yang didapati adalah dalam ralat ±11.51°C jika dibanding dengan data in-situ. Dalam kajian ini juga, jalur 5 AVHRR (11.5µm - 12.5µm) telah dihasilkan berdasarkan simulasi regresi antara suhu kecerahan jalur 4 dan jalur 5 data NOAA AVHRR High Resolution Picture Transmission (HRPT). Nilai korelasi yang diperolehi adalah tinggi iaitu 0.9922. Dengan kehadiran jalur 5, SST telah ditentukan menggunakan algoritma dua jalur. Keputusannya, SST yang diperolehi adalah lebih baik daripada hasil SST menggunakan algoritma satu jalur inframerah jika dibandingkan dengan data in-situ dengan Root Mean Square Error (RMSE) sebanyak ±2.24°C. Hasil SST menggunakan dua jalur kemudian dibandingkan dengan SST dari menggunakan algoritma NOAA Multi Channel Sea Surface Temperature (MCSST). Hasil yang diperolehi memberi nilai korelasi yang agak tinggi iaitu 0.9736. Imej satelit SST yang dihasilkan kemudian disubsetkan kepada kawasan kajian iaitu sekitar perairan laut Sabah.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:sea surface temperature (SST), National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), Advanced Very High Resolution Radiometer (AVHRR), thermal, telemetry frame
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > GC Oceanography
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:10180
Deposited By:IR Admin
Deposited On:12 Dec 2014 14:41
Last Modified:12 Dec 2014 14:41

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository