Komuniti sempadan dan persoalan keselamatan: Kajian kes di Ba'kelalan

Yusten Karulus, (2009) Komuniti sempadan dan persoalan keselamatan: Kajian kes di Ba'kelalan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
13Mb

Abstract

Di dalam era maklumat hari ini, pemeliharaan identiti nasional dan keselamatan negara sering berhadapan dengan pelbagai bentuk halangan dan cabaran. Proses globalisasi telah menjana darjah keterbukaan yang tinggi sehingga melangkaui sempadan nasional dan menggugat kedudukan identiti dan keselamatan nasional sesebuah masyarakat dan negara. Ilmuan-ilmuan kontemporari seperti Robertson (1992), Giddens (1990) dan Ohmae (1995) berpendapat, globalisasi telah membentuk sebuah komuniti yang mempunyai kepelbagaian latar belakang sosiobudaya. Justeru dalam konteks ini, identiti dan nasionalisme dikatakan semakin menerima penolakan akibat daripada fenomena dunia tanpa sempadan. Berdasarkan kepada premis tersebut, kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh manakah "fenomena dunia tanpa sempadan" mempunyai kesan sosiologi terhadap identiti dan nasionalisme dalam kalangan komuniti sempadan Lun Bawang di lokaliti Ba'kelalan, Lawas, Sarawak dan apakah kesan sosiologi tersebut mempunyai impak negatif terhadap persoalan keselamatan Malaysia. Bagi merungkai permasalahan yang diutarakan, kajian ini mengadaptasi pendekatan kualitatif sebagai kerangka kajian atau dalam erti kata lain menggunakan konsep-konsep seperti KESELAMATAN NON-TRADISIONAL, IDENTITI dan NASIONAUSME sebagai alat analisis. Alat-alat analisis yang digunakan diadunkan dengan kaedah etnografi bagi tujuan pengutipan data kajian. Gabungan di antara pendekatan kualitatif sebagai rangka kajian dan kaedah etnografi sebagai cara pengutipan data telah menemukan dapatan kajian bahawa fenomena sosiologi seperti IDENTITI dan NASIONAUSME merupakan unsur-unsur keselamatan halus atau intangible security elements atau dalam ungkapan Buzan (1991) non-Traditional Security Aspects; yang jika tidak diurus atau ditadbir dengan baik akan menjadi ancaman dan hambatan politik dalam proses Malaysia sebagai sebuah negara bangsa baru untuk mengekalkan kelangsungannya dalam sistem dunia yang semakin bersifat "langit terbuka".

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:national identity, national boundaries, security
Subjects:H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions:SCHOOL > School of Social Sciences
ID Code:10183
Deposited By:IR Admin
Deposited On:12 Dec 2014 14:35
Last Modified:12 Dec 2014 14:35

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository