Penyertaan komuniti dalam aktiviti pelancongan dan homestay di Kampung Pukak, Kiulu, Sabah

Yong, Pauline Pau Lin (2010) Penyertaan komuniti dalam aktiviti pelancongan dan homestay di Kampung Pukak, Kiulu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
10Mb

Abstract

Sektor pelancongan menjadi nadi pembangunan serta tulang belakang kepada ekonomi sesebuah negara, khususnya di Negara Sedang Membangun seperti Malaysia. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya terdapat pihak-pihak tertentu yang berlumba-lumba untuk membangunkan sektor pelancongan agar dapat menjana kegiatan ekonomi di samping menambat hati para pelancong. Program homestay di Kampung Pukak adalah antara salah satu produk pelaneongan yang menjadi tarikan pelancong yang terdapat di Daerah Kecil Kiulu, Tuaran, Sabah. Uniknya program tersebut adalah gabungan dua elemen di antara pelancongan berasaskan komuniti dan pelaneongan lasak (sukan). Selain itu, persoalan yang timbul adakah sektor pelancongan ini mampu menjana sektor ekonomi utama seperti kegiatan pertanian di kawasan luar bandar. Adakah komuniti secara keseluruhan menerima kesan positif dari segi sosioekonomi menerusi pelancongan homestay tersebut? Sejauhmanakah projek homestay dapat menarik pelancong dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan peserta dan komuniti. Penyelidikan ini juga membincangkan cabaran dan limitasi yang dihadapi oleh komuniti setempat dalam mencapai faedah pembangunan pelancongan berasaskan komuniti. Untuk menjawab kepada persoalan kajian tersebut, pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif diaplikasikan dalam penyelidikan ini. Antaranya lalah kaedah temubual, pemerhatian turut serta dan kajian survei. Justera itu pelancongan homestay berteraskan penyertaan komuniti wajar diteruskan agar ia dapat memberikan manfaat serta memperkasakan komuniti setempat.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:homestay, tourism, local community, socio-economic
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions:SCHOOL > School of Social Sciences
ID Code:10184
Deposited By:IR Admin
Deposited On:12 Dec 2014 14:34
Last Modified:12 Dec 2014 14:34

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository