Impak penggunaan pukat tunda dan pukat jerut terhadap sumber marin dan nelayan artisenal di Pantai Timur Sabah 1963-2003

Sumarni Hj. Tahir, (2010) Impak penggunaan pukat tunda dan pukat jerut terhadap sumber marin dan nelayan artisenal di Pantai Timur Sabah 1963-2003. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000534.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Sektor perikanan di negeri Sabah dan khususnya di pantai timur telah mengalami proses pembangunan yang drastik sejak tahun 1963 atau lebih tepatnya selepas Sabah menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Kemasukan pelbagai teknologi moden dalam perikanan dilihat sebagai nadi utama dalam pemodenan sektor perikanan di pantai timur. Pemodenan ini dapat dilihat selepas teknologi pukat tunda dan pukat jerut diperkenalkan dalam sektor perikanan tangkap marin. Keduadua jentera perikanan ini menjadi sangat dominan terutamanya dalam peningkatan jumlah pendaratan ikan marin. Dalam erti kata lain, jentera perikanan ini menjadi teknologi perikanan yang utama dan termoden di pantai timur. Walau bagaimanapun, timbul persoalan di sini apabila teknologi perikanan pukat tunda dan pukat jerut mula menimbulkan impak negatif kepada sumber marin. Persoalan juga timbul tentang mengapakah pembangunan sosio-ekonomi nelayan artisenal tidak seiringan dengan pembangunan sektor perikanan yang dikecapi sekarang. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji setakat mana penggunaan pukat tunda dan pukat jerut memberi impak kepada sumber marin dan nelayan artisenal di pantai timur Sabah. Kajian ini merangkumi jangkamasa selama lebih kurang 40 tahun bermula tahun 1963 sehingga tahun 2003. Kajian ini menggunakan pendekatan sejarah sebagai teras penyelidikan dan analisis data secara deskriptif. Kajian ini mempunyai signifikan yang tersendiri terutama membantu pihak berkuasa khususnya Jabatan Perikanan Sabah dalam mengawal aktiviti perikanan. Selain daripada itu, ia juga dapat memberi kesedaran kepada orang awam akan kepentingan pembangunan mapan dalam sektor perikanan demi menjamin kesinambungan sektor ini di masa hadapan.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: artisanal fishermen, fishery sector, trawlers, purse seiners, fishing equipment, socio economic
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 12 Dec 2014 06:36
Last Modified: 30 Oct 2017 04:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10186

Actions (login required)

View Item View Item