Tinjauan pengguna terhadap makanan snek jenis dingin dan sejuk beku di sekitar Kota Kinabalu, Sabah

Asrah Abdul Hamid, (2001) Tinjauan pengguna terhadap makanan snek jenis dingin dan sejuk beku di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002430.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Satu tinjauan telah dilakukan terhadap 200 orang pengguna yang mengunjungi pasaraya-pasaraya terpilih di sekitar Kota Kinabalu Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penerimaan pengguna terhadap makanan snek dingin dan sejuk beku di sekitar Kota Kinabalu. Di samping itu, tinjauan ini juga bertujuan untuk mengetahui sikap dan tindak balas pengguna terhadap pertabelan makanan. Datadata diperolehi melalui borang soal selidik yang terbahagi kepada lima bahagian. Bahagian A untuk demografi responden, bahagian B yang menguji kefahaman responden terhadap makanan dingin dan sejukbeku, bahagian C yang menyentuh tentang kekerapan pembelian dan pengambilan makanan snek dingin dan sejuk beku, bahagian D untuk penentuan status halal dan bahagian E mengenai perlabelan makanan. Data-data yang telah dianalisis menunjukkan bahawa penerimaan pengguna sekitar Kota Kinabalu ini berada di tahap yang rendah. Ini adalah kerana secara keseluruhannya kekerapan pengambilan makanan snek dingin dan sejuk beku adalah kurang sekali dalam sebulan. Hubungan antara sikap dan tindak balas pengguna terhadap makanan dingin dan sejuk beku adalah dipengaruhi oleh faktor bangsa, umur, status perkhawinan dan pendidikan. Ini terbukti melalui ujian khi kuasa dua pada p<0.05. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kepekaan pengguna terhadap perlabelan makanan berkait rapat dengan tahap pendidikan pada kekuatan 39%. Rasa masakan Melayu merupakan rasa pili han yang paling digemari pengguna sekitar Kota Kinabalu apabila 37% menggemari rasa sedemikan berbanding rasa masakan Jepun, Cina, India, Timur Tengah, Barat dan lain-lain rasa masakan tempatan. Hasil kajian juga mendapati bahawa faktor-faktor yang menjadi keutamaan pengguna sekitar Kota Kinabalu dalam membuat keputusan pembelian makanan snek dingin dan sejuk beku dapat di susun.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: consumer's acceptance, chilled food, frozen food, food labelling, behavior
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 23 Dec 2014 01:59
Last Modified: 24 Oct 2017 03:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10245

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository