Penghasilan jus daripada nanas Babagon

Wong, Jar Vun (2000) Penghasilan jus daripada nanas Babagon. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002434.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Penghasilan jus daripada buah nanas Babagon telah berjaya dilakukan. Jus buah nanas Sabagon mempunyai wama kuning keruh yang menarik. Jus jemih buah nanas Sabagon juga telah berjaya dihasilkan dengan bantuan enzim pektinase. Jus jernih buah nanas Babagon mempunyai warna kuning keemasan. Kedua-dua bentuk jus nanas Babagon ini mempunyai rasa yang sesuai dan boleh diterima. Perolehan semula jus berdasarkan keseluruhan buah nanas Sabagon ialah di antara 44.5-47.5% mengikut tahap kemasakan buah tersebut. Kandungan gula dalam jus nanas Babagon boleh mencapai nilai terendah, iaitu 12.0ºBrix, ke nilai tertinggi, iaitu 18.0ºBrix, mengikut tahap kemasakan buah. Julat nilai pH jus nanas Sabagon ialah 3.8-4.1. Dengan kaedah titratan, keasidan jus nanas Sabagon didapati bemilai 1.64-2.20% asid sitrik. Kandungan kelembapan dalam buah nanas Babagon. iaitu lebih kurang 98%, membolehkannya berpotensi tinggi dalam penghasilan jus buah-buahan. Untuk memberikan jus nanas Sabagon satu badan yang baik, penggunaan 0.2% (bib) metil selulosa telahpun mencukupi. Untuk menghasilkan jus jernih nanas Babagon pula, penggunaan 0.1% (i/b) enzim pektinase telah memadai. Penilaian sensori terhadap jus nanas Babagon telah memberikan keputusan penerimaan yang memuaskan. Jus nanas Sabagon dengan 14°Brix lebih disukai berbanding jus nanas Babagon 10ºBrix dan 12ºBrix. Untuk jus jernih nanas Sabagon pula, penerimaan keseluruhannya agak memuaskan, terutama ciri kejernihan jus.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Babagon pineapple, juice, food production, titration method, citric acid
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP368-456 Food processing and manufacture
Divisions: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 23 Dec 2014 04:37
Last Modified: 24 Oct 2017 03:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10249

Actions (login required)

View Item View Item