Penghasilan produk buah salak di dalam sirap

Mohd Airuddin Salleh, (2000) Penghasilan produk buah salak di dalam sirap. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002436.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian penghasilan produk buah salak di dalam sirap adalah bertujuan untuk menentukan nilai pH dan nilai Brix yang paling digemari oleh orang ramai bagi produk ini. Tahap perubahan nilai pH dan nilai Brix terhadap masa penyimpanan juga dikaji. Kajian melibatkan dua fasa penghasilan sampel produk. Dalam fasa pertama, isi buah salak dicelur di dalam air mendidih selama 40 hingga 60s lalu diisi ke dalam lima balang kaca berlainan pada berat 150g. Lima larutan sirap yang berkepekatan 40ºBrix dan mempunyai pH 2.0, 2.5, 3.0, 3.5 dan 4.0 disediakan. Larutan dipanaskan sehingga mencapai suhu 80°Brix lalu dimasukkan ke dalam balang kaca yang mengandungi isi buah salak. Balang kaca ditutup dan dipasteurkan di dalam air mendidih selama 10 hingga 13 minit, balang kaca disejukkan di daiam air. Sampel disimpan selama satu minggu untuk mengkaji tahap perubahan nilai pH buah dan sirap. Ujian sensori dijalankan. Bagi tasa kedua, enam larutan sirap digunakan pada pH 3.5 dan kepekatan 15°Brix, 20ºBrix, 25°Brix, 30ºBrix, 35°Brix dan 40ºBrix. Keenam-enam sampel disimpan selama satu minggu lalu ujian sensori diadakan. Didapati tahap perubahan nilai pH dan 8rix terhadap masa penyimpanan adaiah pada perbezaan pH 1.0 dan 1°Brix. Nilai pH yang terbaik ialah 3.5 dan nilai Brix yang terbaik ialah 15°Brix.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: salak fruit, syrup, Brix value, pH value, sensory test
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP368-456 Food processing and manufacture
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 23 Dec 2014 04:38
Last Modified: 24 Oct 2017 03:05
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10251

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository