Kajian terhadap kebersihan premis dan pekerja dari aspek mikrobiologi makanan di kantin-kantin Universiti Malaysia Sabah

Nur Azilah Ismail, (2000) Kajian terhadap kebersihan premis dan pekerja dari aspek mikrobiologi makanan di kantin-kantin Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002438.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kebersihan premis dan pekerja dari aspek mikrobiologi makanan terhadap kantin-kantin Universiti Malaysia Sabah. Sampel tapak tangan, kain, kepala paip, meja dan papan pemotong diambil dan lapan buah kantin untuk menentukan tahap pencemaran E.coli, koliform dan Staphylococcus aureus. Kaedah hitungan jumlah berdaya hidup dan kaedah pemencilan, pengkayaan dan pengecaman mikroorganisma dilakukan. Tinjauan juga dilakukan ke atas premis dan pekerja di kantin universiti bagi mengenalpasti punca pencemaran mikroorganisma tersebut terhadap sampel. Hasil daripada kajian. didapati tahap pencemaran mikroorganisma pada tapak tangan ialah 2.125 x 10� dengan E. coli sebanyak 3.375 x 10¹, koliform sebanyak 1.1 x 10² dan terdapat kehadiran Staphylococcus aureus pada lima danpada lapan kantin, tahap pencemaran mikroorganisma pada kain ialah 1.556 x 10� dengan E.coli sebanyak 4.125 x 10¹, koliform sebanyak 1.695 x 10³ dan terdapat dua daripada lapan kantin yang menunjukkan kehadiran Staphylococcus aureus, tahap pencemaran mikroorganisma pada kepala paip ialah 4.858 x 106 dengan E.coli sebanyak 3.25 x 10¹, koliform sebanyak 2.55 x 10² dan sebanyak empat daripada lapan kantin menunjukkan kehadiran Staphylococcus aureus, tahap pencemaran mikroorganisma pada meja ialah 1.825 x 10� dengan E.coli sebanyak 2.4 x 10¹, koliform sebanyak 5.8 x 10¹ dan tiada kehadiran Staphylococcus aureus, tahap pencemaran mikroorganisma pada papan pemotong ialah 1.223 x 10� dengan E.coli sebanyak 5.4 x 10¹, koliform sebanyak 1.086 x 10³ dan hanya satu kantin sahaja yang menunjukkan kehadiran Staphylococcus aureus. Punca pencemaran sampel ini mung kin adalah berkait rapat dengan keadaan premis dan pekerja di kantin itu sendiri.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: hygiene, canteen, premise, hygiene, observation
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 23 Dec 2014 06:45
Last Modified: 24 Oct 2017 03:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10253

Actions (login required)

View Item View Item