Pewarna sintetik dalam kuih tradisional di Sabah

Kasim Tawe, (2000) Pewarna sintetik dalam kuih tradisional di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002439.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui bahan pewarna sintetik yang digunakan di dalam kuih tradisional di sekitar Kota Kinabalu. Dengan kaedah pengekstrakan menggunakan benang bulu biri-biri, bahan pewarna dapat dikaji. Ujian perubahan warna dengan menggunakan asid dan alkali menunjukkan pewarna yang digunakan adalah dari kumpulan yang stabil pada keadaan berasid. Analisis kromatografi kertas berjaya memisahkan komponen warna yang digunakan dalam sampel. Proses pengenalpastian dengan menggunakan kromatografi kertas menunjukkan nilai R, untuk warna Ponceau 4R ialah 0.91 hingga 0.98, Red 2G ialah 0.84 hingga, 0.89, Green S ialah 0.96 hingga 0.99, Sunset Yellow FCF ialah 0.94 hingga 0.98 dan Tartrazine ialah 0.77 hingga 0.78. Analisis selanjutnya ialah kaedah spektrofotometri berdasarkan panjang gelombang untuk mengesahkan pewarna berkenaan. Kesemua pewarna yang digunakan adatah mematuhi peraturan 21 dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: synthetic colourant, traditional snack, wool extraction method,
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 23 Dec 2014 06:45
Last Modified: 24 Oct 2017 03:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10254

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository