Pembangunan produk daripada kupang (Perna viridis) - keropok kupang

Sugan Manogaran, (2000) Pembangunan produk daripada kupang (Perna viridis) - keropok kupang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002441.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kupang adalah produk akuakultur yang sedang menghadapi masalah pemasaran kerana tiada kaedah penyimpanan yang membolehkannya disimpan lama seperti makanan-makanan lain. Dengan secara tidak langsung ia juga mengalami masalah pemasaran. Dalam latihan ilmiah ini, kajian diiakukan untuk membangunkan produk daripada kupang bagi membolehkannya disimpan lebih lama dan dipasarkan ke kawasan yang lebih jauh dari kawasan penternakannya termasuk luar negeri iaitu keropok kupang. Beberapa maklumat mengenai kupang seperti kandungan kelembapan dan kadar pengembangan dan kadar penyerapan minyak dianalisa bagi memahami keropok kupang yang dihasilkan. Tepung yang sesuai sekali digunakan untuk menghasilkan keropok kupapg dikaji berdasarkan kualitinya dalam pengembangan, warna, kerangupan dan penerimaan pengguna. Didapati tepung kanji yang dihasilkan daripada ubi kayu adalah paling sesuai digunakan dengan nisbah yang sarna dengan kupang. Kandungan kelembapan dalam keropok kupang mentah yang dihasilkan. adalah 9.78% daripada asas berat basah. Keropok ikan dalam pasaran mempunyai julat kelembapan antara 9.0 hingga 14.8%. Kadar pengembangan keropok kupang adalah bergantung kepada kandungan kupang dan kanji. Didapati peningkatan kanji dalam komposisi keropok tersebut akan menyebabkan kadar pengembangan keropok juga meningkat. Sebaliknya keropok yang dihasilkan dengan tepung tapioka dan tanpa kupang tidak mengembang seperti yang dijangkakan. Kandungan protein dalam kupang adalah didapati sangat sesuai untuk pengembangan keropok kupang. Kajian mengenai suhu penggorengan keropok kupang yang sesuai juga dikaji dan didapati julat suhu yang sesuai untuk penggorengan keropok kupang adalah 200 hingga 220°C. Suhu yang rendah mengurangkan kadar pengembangan manakala suhu yang tinggi menyebabkan rasa kupang terjejas.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: aquaculture product, mussel, product development, cracker
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Dec 2014 01:30
Last Modified: 24 Oct 2017 03:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10256

Actions (login required)

View Item View Item