Penggunaan kaedah Pembelajaran Individu Berbantukan Kumpulan (PIBK) bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran Geografi Tingkatan Empat di SMK Kolombong Inanam

Katrie Eming, (2008) Penggunaan kaedah Pembelajaran Individu Berbantukan Kumpulan (PIBK) bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran Geografi Tingkatan Empat di SMK Kolombong Inanam. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Penggunaan kaedah Pembelajaran Individu.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah berdasarkan satu kajian kuasi eksperimen yang telah dijalankan di kalangan pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah yang terletak di daerah Inanam Sabah. Perkara yang dibincangkan dalam kajian ini adalah ingin mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kekuatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Pembelajaran Individu Berbantukan Kumpulan (PIBK). Kajian ini juga ingin mengenal pasti sama ada penggunaan kaedah PIBK dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Geografi. Sam pel kajian ini dipilih daripada dua buah kelas, iaitu pelajar daripada kelas A ialah kumpulan eksperimen dan pelajar daripada kelas B ialah kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diajar mata pelajaran Geografi dengan menggunakan pendekatan PIBK selama enam minggu dan Kumpulan Kawalan pula diajar dengan menggunakan pendekatan biasa. Antara dapatan kajian yang menarik dalam kajian ini ialah penggunaan kaedah PIBK dapat meningkatkan pencapaian pelajar secara signifikan apabila perbandingan skor min ujian pra dengan ujian pasca mempunyai perbezaan yang ketara. Kajian ini juga mendapati pelajar mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan kaedah PIBK bagi pengajaran mata pelajaran Geografi, di mana pelajar bersetuju kaedah PIBK mempunyai kekuatan untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: quasi experiment, students' perception, strength, teaching and learning, Team Assisted Individualization or Team Accelerated Instructional (TAl)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 24 Oct 2017 03:39
Last Modified: 24 Oct 2017 03:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10330

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository