Geologi am dan kajian kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan aluvium di sekitar Tuaran, Sabah

Kok, Kwi Yen (2005) Geologi am dan kajian kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan aluvium di sekitar Tuaran, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002451.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Lokasi kawasan kajian terletak di Tuaran, Sabah yang dibatasi oleh garis longtitud 116º 10' T hingga 116º 15' T dan garis latitud 6º 10' U hingga 6° 16' U. Keluasan kawasan kajian adalah kira-kira 120 km². Kawasan topografi melebihi 100 meter terletak di bahagian timur kawasan kajian. Ia didominasi oleh Formasi Crocker dan sentiasa bertambah tinggi ke arah timur. Kawasan tanah rendah terdiri daripada endapan aluvium yang ketinggian kurang daripada 20 meter. Sistem saliran kawasan kajian merangkumi sebahagian besar Sungai Tuaran yang dikategorikan sebagai sungai pad a peringkat tua dan pola saliran anak sungai berbentuk ranting. Litologi Formasi Crocker dibahagikan kepada dua unit iaitu batu pasir masif dan batu pasir berselang lapis dengan syal. Endapan Kuaterner pula terdiri daripada pasir, lumpur dan lodak. Analisis geologi struktur di kawasan kajian menunjukkan kawasan ini telah mengalami arah daya canggaan tempatan yang bertrend tenggara-barat laut dan timur laut-barat daya. Kajian petrografi menunjukkan batu pasir kawasan kajian didominasi oleh kuarza dan matrik. Manakala mineral feldspar jenis plagioklas labradorit turut hadir tetapi adalah sangat sedikit berbanding dengan kehadiran kuarza. Kajian yang dijalankan ke atas tiga sampel tanah aluvium menunjukkan peratus saiz lempung yang rendah iaitu 27.3%,16.3% dan 30.6%masing-masing bagi sampel P1, P2 dan P3. Saiz butiran pasir adalah tertinggi pada sampel P3 diikuti oleh sampel P2 dan P1. Sampel P1, P2 dan P3 dikelaskan masingmasing sebagai lodak lempung, lodak dan pasir lempung. Ujian pH pula menunjukkan kesemua sam pel berasid lemah iaitu berjulat 5.8-6.9. Ujian Had Atterberg menunjukkan sampel P1 dikelaskan sebagai M1 iaitu keplastikan sederhana, manakala P3 pula mempunyai indeks keplastikan yang rendah (CL). Ujian pemadatan menunjukkan nilai ketumpatan kering bagi P1, P2 dan P3 masing-masing ialah 1. 57Mg/m², 1.47Mg/m² dan 1.61Mg/m². Nilai kebolehtelapan pula ialah l.06x 10��m/s, l.02xl0��m/s dan 1.21x10��m/s. Hasil ujian kekuatan kompresif menunjukkan kekuatan bertambah dengan penambahan peratus kapur dan penambahan masa awetan. Hasil analisis menunjukkan ketiga-tiga sampel tanah aluvium mempunyai kekuatan tegasan mampatan yang paling tinggi pada tempoh pengawetan 45 hari dengan campuran kapur 8%.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Tuaran River, crocker formation, sandstone, geology, petrography, triaxial shear test, clayey
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 13 Jan 2015 03:24
Last Modified: 24 Oct 2017 03:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10331

Actions (login required)

View Item View Item