Pembinaan dan pengujian alat pengesan getaran (vibration sensors)

Rosmin Lann, (2005) Pembinaan dan pengujian alat pengesan getaran (vibration sensors). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002457.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Projek ini dijalankan untuk. membina dan menguji alat pengesan getaran dengan menggunakan transduser getaran elektrodinamik. Pengesan getaran yang dibina ini berfungsi berasaskan kepada prinsip aruhan elektromagnet yang mana hasil daripada pemotongan fluks magnet menghasilkan daya gerak elektrik ( d.g.e ). Bahan-bahan yang digunakan untuk membina transduser terdiri dari magnet silinder berlubang tengah gegelung dawai kuprum, besi pengalas lembut dan getah lembut. Untuk pengujian alat, pergerakan turon naik gegelung bergerak relatif terhadap magnet kekal menghasilkan daya gerak elektrik (d.g.e) hasil dari pemotongan fluks magnet. Hasilnya, voltan hasil janaan dan frekuensi boleh diukur dengan menggunakan osiloskop. Alat pengesan ini mampu mengukur getaran berfrekuensi rendah sekitar 0 Hz hingga 200 Hz. Transduser elektrodinamik boleh digunakan untuk menunjukkan fenomena resonans untuk sistem dua darjah kebebasan. Ianya terbukti dengan berlakunya 2 amplitud tertinggi pada frekuensi 50 Hz dan 150 Hz. Projek ini boleh dikatakan berjaya dimana alat pengesan ini boleh mengukur getaran yang dijana oleh penjana isyarat dan pembesar suara sebagai jasad yang bergetar. Selain itu, alat ini juga boleh dijadikan sebagai alat untuk. menunjukkan fenomena resonans untuk. dua darjah kebebasan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: vibration sensor, transducer, vibration, electromotive force, electromagnetic induction
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 14 Jan 2015 03:37
Last Modified: 24 Oct 2017 03:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10339

Actions (login required)

View Item View Item