Geologi am dan kajian kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan tanah berlempung di lebuh raya KM 36-58 jalan Sandakan - Telupid

Chin, Ching Lung @ Michael (2005) Geologi am dan kajian kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan tanah berlempung di lebuh raya KM 36-58 jalan Sandakan - Telupid. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002458.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di lebuh raya KM 36-58, 1alan Sandakan-Telupid iaitu pada latitud 5° 44' U hingga 5° 50' U dan longitud 117° 41' T hingga 117° 48' T. Kawasan ini mempunyai topografi yang rendah dengan ketinggian betjulat 50 kaki hingga 400 kaki di atas paras laut. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Garinono, Formasi Sandakan dan Endapan Aluvium Kuaternari. Litologi Formasi Garinono terdiri daripada unit batuan breksia yang disimen dengan matriks syal kelabu dan berusia di antara pertengahan Miosen hingga akhir Miosen manakala Formasi Sandakan berusia awal Miosen hingga pertengahan Miosen dan menunjukkan selang lapis batu pasir tebal dengan lapisan nipis batu lodak dan batu lumpur. Endapan Aluvium di kawasan kajian adalah terdiri daripada aluvium sungai peringkat tinggi. Analisis lineamen sungai menunjukkan kawasan kajian mengalami dua arah daya canggaan utama yang bertrend Barat Laut- Tenggara dan Timur Laut- Barat Daya. Kajian petrografi menunjukkan blok batu pasir merah Formasi Garinono adalah jenis Sub-greiwak dan merupakan unit batuan terbreksia Formasi Kulapis. Persampelan tanah berlempung dilakukan di tiga lokasi berbeza dalam Formasi Garinono untuk dianalisis sifat fizikal-kimia dan sifat kejuruteraannya serta dilabelkan sebagai syal kelabu satu (SK 1), syal kelabu dua (SK2) dan syal kelabu tiga (SK3). Ujian pH menunjukkan sampel tanah adalah beralkali iaitu betjulat 8.10 hingga 8.40 disebabkan kehadiran kalkarenit dalam tanah. Purata kandungan kelembapan dan kandungan organik ialah 17.37% dan 1.94%. Ujian had-had Atterberg menunjukkan sampel tanah dikelaskan sebagai berkeplastikan sederhana (el) iaitu betjulat 21%-23%. Analisis saiz butiran mengelaskan sampel tanah SK 1 dan SK2 sebagai lodak berlempung manakala SK3 sebagai lempung. Ujian kebolehtelapan menunjukkan ketumpatan kering maksima sampel SK1, SK2 dan SK3 masing-masing ialah 1.80 Mg/m³1.70 Mg/m³ dan 1.72 Mg/m³. Hasil analisis menunjukkan kekuatan ricih tanah bertambah secara langsung dengan penambahan kapur berbanding sampel asal. Tanah syal kelabu satu (SK 1) dan syal kelabu tiga (SK3) mencapai kekuatan ricih maksimum iaitu masing-masing 58.94 kN/m2 dan 73.52 kN/m²selepas diawet 45 hari dengan campuran 6% kapur. Nilai 6% adalah nilai optimum bagi menstabilkan sampel tanah SK1 dan SK3. Manakala syal kelabu dua (SK2) mencapai kekuatan ricih maksimum iaitu 77.96 kN/m² selepas diawet 45 hari dengan campuran 8% kapur. Hasil kajian juga menunjukkan semakin lama sampel tanah diawet maka kekuatannya semakin bertambah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: topography, Garinono Formation, Sandakan Formation, Kuatenary Alluvium deposits, gray shale
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 14 Jan 2015 03:13
Last Modified: 24 Oct 2017 03:19
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10340

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository