Kajian fasies formasi sapulut dari kampung Malampoi hingga kampung Tampusison, Nabawan

Nur Afifah Iless @ Alias, (2005) Kajian fasies formasi sapulut dari kampung Malampoi hingga kampung Tampusison, Nabawan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002460.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian yang merangkumi dari Kampung Malampoi hingga Kampung Tampusison adalah seluas 72km² adalah di bawah Formasi Sapulut. Endapan flysch di kawasan kajian diwakili oleh tiga fasies yang utama iaitu terdiri daripada fasies batu pasir tebal (Fasies B), fasies selang lapis batu pasir-syal (Fasies C) dan fasies selang lapis syal sederhana tebal dengan batu pasir nipis (Fasies D). Daripada analisis asosiasi fasies didapati kawasan kajian didominasi oleh pertukaran alur dengan jujukan menghalus ke atas. Hasil daripada analisis fasies menunjukkan sedimen diendapkan di bahagian kipas tengah dalam kipas laut dalam. Pengendapan sedimen di kawasan kajian berlaku melalui proses aliran turbidit pelbagai rejim tenaga aliran. Daripada kajian geologi struktur menunjukkan daya yang bertindak di kawasan kajian adalah daya mampatan yang berarah timur laut-barat daya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Flysch deposits, thick sandstone, interbedded of sandstone-shal, interbedded medium thick shale-thin sandstone, submarine distributor channels, Sapulut Formation
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 15 Jan 2015 05:47
Last Modified: 24 Oct 2017 03:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10341

Actions (login required)

View Item View Item