Kajian fasies formasi Sapulut, Jalan Nabawan-Sapulut, Pensiangan, Sabah

Mohd Asraff Mohd Ariff, (2005) Kajian fasies formasi Sapulut, Jalan Nabawan-Sapulut, Pensiangan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002468.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian melipuri kawasan di sepanjang Jalan Nabawan-Sapulut bermula dari Kampung Tataluan bingga Matiku di kawasan Pensiangan. Kawasan kajian adalah se1uas 112 km² yang mewakili Formasi Sapulut. Ia dibatasi oleh garis lintang 04º 46'U hingga 04º SS' U dan garis bujur 116º 27' T hingga 1160 32' T. Formasi Sapulut juga terdiri daripada selang lapis berirama di antara batu pasir, syal, batu lodak dan batu lumpur. Jujukan batuan Formasi Sapulut di kawasan kajian boleh dibezakan kepada tiga fasies iaitu Fasies Batu Pasir Tebal, Fasies Batu Pasir dan Syal, dan Fasies Syal. Fasies Batu Pasir Tebal (Fasies B) dicirikan oleh lapisan batu pasir tebal (melebihi 5 meter) dengan syal nipis, Fasies Batu Pasir dan Syal (Fasies C), dicirikan oleh selang lapis batu pasir dan syal dengan nisbah ketebalan berbeza. Fasies Syal (Fasies D) pula adalah selang lapis syal tebal dengan batu pasir nipis. Struktur sedimen yang dapat di cerap adalah seperti perlapisan, laminasi selari, kesan flut, gruf dan kesan beban. Selain itu. terdapat juga fosil kesan daripada asosiasi iknofesis Nereilies. Analisis fasies menunjukkan jujukan batuan kawasan kajian merupakan enapan asosiasi fasies kipas laut dalarn iaitu asosiasi fasies kipas tengah. Analisis arus kuno menunjukkan punca sedimen diangkut daripada arah Selatan-Barat daya. Komposisi batu pasir pula menunjukkan ia berasal daripada batuan igneus plutonik. batuan igneus volkanik, batuan metamorf dan batuan sedimen. Formasi Sapulut dipercayai berusia Eosen Atas hingga Kapur Atas. Kajian struktur menunjukkan jujukan sedimen kawasan kajian telah mengalami dua episod canggaan. Daya tegasan ditafsirkan bertindak dari arah Barat laut-Tenggara dan Timur laut-Barat daya

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Sapulut Formation, sandstone, sedimentary structures, ichnofacies Nereities fossil, fan facies
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 15 Jan 2015 05:48
Last Modified: 24 Oct 2017 03:29
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10359

Actions (login required)

View Item View Item