Geologi am dan sedimentologi Kampung Topokon

Muhd Akram Kamaruzaman, (2005) Geologi am dan sedimentologi Kampung Topokon. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002469.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian, iaitu Kampung Topokon Tamparuli Sabah terletak pada garis lintang 6° 10' U hingga 6° 12' U dan garis bujur pula terletak pada 116° 16' T hingga 116º 18' T. Di kawasan kajian, formasi yang terlibat adalah Formasi Crocker yang telah dicirikan oleh endapan turbidit. Ini dibuktikan dengan kehadiran sempadan bawah yang tajam dan sempadan atas yang tidak menunjukkan satah yang jelas. Bagi geologi struktur pula, kawasan kajian telah ditafsirkankan dengan arah anggan dari arah bamt laut - tenggara. Terdapat empat unit fasies di kawasan kajian iaitu terdiri daripada unit fasies batu pasir tebal, fasies batu pasir tebal antara 1- 3 meter, fasies batu pasir berselang lapis dengan syal dan juga fasies syal tebal. Struktur sedimen yang terdapat di kawasan kajian telah di kelompokkan mengikut fasies. Di kawasan kajian, sekitaran pengendapan adalah terdiri daripada sekitaran kipas tengah kipas laut dalam. Ini dicirikan oleh kehadiran lob dan juga alur di kawasan kajian. Kajian arus kuno yang di lakukan menunjukkan punca sedimen adalah berasal dari Barat Daya. Sedimen yang di angkut pula telah di angkut oleh arus turbidit yang mempunyai pengaruh graviti.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Crocker Formation, sandstone, lithic greiwack, Late Eocene turbidite deposit
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 15 Jan 2015 05:39
Last Modified: 24 Oct 2017 03:29
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10360

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository