Kajian pencemaran minyak dan gris di pantai rekreasi Tanjung Aru, Sabah

Noorul Aimie Awang, (2006) Kajian pencemaran minyak dan gris di pantai rekreasi Tanjung Aru, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002474.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap pencemaran minyak dan gris di pesisir pantai Tanjung Aru, Sabah dan mengenal pasti punca pencemaran tersebut. Pensampelan air dilakukan sebanyak empat kali pada bulan Januari hingga Februari 2006. Empat buah kawasan pensampelan utama telah dipilih untuk kajian ini yang mana setiap kawasan terdiri daripada satu stesen pantai (air laut) dan satu stesen longkang. Kaedah pengekstrakan berdasarkan APHA (1995) iaitu 503 (A) Partilion-Gravimetri telah digunakan untuk menganalisis minyak dan girs dalam sampel air. Hasil analisis yang diperolehi mendapati bahawa kandungan minyak dan gris di kesemua stesen longkang (L1-L4) adalah lebih tinggi berbanding stesen-stesen pantai (PI-P4). Julat kandungan minyak dan gris yang diperolehi untuk stesen longkang ialah (0.11-1.63 mgL�¹) dan stesen pantai (0.04-0.60 mgL�¹). Walaupun pantai Tanjung Aru merupakan kawasan rekreasi, tetapi apabila dibandingkan dengan Standard Air Marin Malaysia dan Standard Interim, kajian ini membuktikan bahawa berlakunya pencemaran minyak dan gris di pantai Tanjung Aru. Pencemaran minyak dan gris di pantai ini adalah berpunca dari gerai-gerai makanan, kawasan perumahan yang berhampiran dan aktiviti-aktiviti manusia yang dijalankan di pantai tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: level of oil, grease pollution, Partition-Gravimetric Extracted method
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Jan 2015 06:18
Last Modified: 24 Oct 2017 03:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10367

Actions (login required)

View Item View Item