Kajian paras hingar di beberapa buah kawasan perumahan di sekitar lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu

Channon Francis, (2005) Kajian paras hingar di beberapa buah kawasan perumahan di sekitar lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002477.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menilai paras kebisingan atau paras hingar (siang hari) di beberapa kawasan perumahan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah dan membuat perbandingan dengan paras hingar yang telah ditetapkan oleh WHO (World Health Organization). Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Stesen 1 di Kondominium Waikiki, Stesen 2 di Taman Winley 2, Stesen 3 di Taman Hong Lee dan Stesen 4 di Taman Friendship 2 dan pengukuran dibuat dengan menggunakan alat Meter Aras Bunyi model 2238 Mediator. Nilai bacaan yang diperolehi untuk Stesen 1 bagi nilai Lmax, Lmin dan Leq tertinggi adalah mencapai paras 109.4 dB(A), 41.4 dB(A) dan 71.9 dB(A). Bagi Stesen 2, nilai Lmax, Lmin dan Leq tertinggi direkodkan adalah 110.2 dB(A), 40.0 dB(A) dan 78.4 dB(A). Di Stesen 3, nilai Lmax, Lmin dan Leq tertinggi adalah 99.5 dB (A), 40.5 dB(A) dan 73.2 dB(A dan di stesen 4 nilai tertinggi Lmax, Lmin dan Leq adalah masing-masing 97.7 dB(A), 40.1 dB(A) dan 72.5 dB(A). Keputusan yang diperolehi didapati peratusan untuk 3 bacaan nilai Leq di Stesen 1, Stesen 2, Stesen 3 dan Stesen 4 adalah masing-masing 100 peratus, 89.81 peratus, 56.94 peratus dan 81.48 peratus. Peratusan keseluruhan mendapati 81.88 peratus daripada bacaan Leq yang direkodkan sepanjang persampelan untuk kesemua stesen melebihi paras yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu 55 dB(A) pada sebelah siang.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: noise level, housing area, KKIA
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Jan 2015 06:17
Last Modified: 24 Oct 2017 03:35
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10370

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository