Luahan fosfat (PO₄�³) di sungai Telipok

Netty Hasmawatie Mohamad, (2004) Luahan fosfat (PO₄�³) di sungai Telipok. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002478.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui status semasa kepekatan fosfat di Sungai Telipok, hubungan luahan sungai dengan kepekatan fosfat dan untuk menentukan jumlah beban harian pada setiap tarikh persampelan. Luahan sungai dengan kaedah halaju keluasan dengan menggunakan meter alir untuk mengukur arus sungai. Nilai bacaan untuk parameter in-situ seperti konduktiviti, pH, saliniti, oksigen terlarut dan parameter yang lain ditentukan menggunakan YSI. Kaedah yang digunakan untuk menentukan kepekatan fosfat ialah Ascorbic Acid Method. Kepekatan fosfat Sungai Telipok berada pada julat 0.52-2.06mgl�¹ Hubungan antara luahan sungai dengan kepekatan fosfat bagi setiap stesen menunjukkan nilai korelasi yang baik. Stesen 1 (R² =0.9963), Stesen 2 (R²=0.7739), Stesen 3 (R2 =0.9914) dan Stesen 4 (R2 =0.9376). Manakala beban harian fosfat adalah antara julat 60.135 kg sehari dan 7.171 kg sehari. Berdasarkan kepada nilai kepekatan fosfat dan parameter kualiti air menunjukkan Sungai Telipok telah tercemar.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: phosphate concentration, river discharge, velocity area method, Ascorbic Acid Method
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Jan 2015 06:17
Last Modified: 24 Oct 2017 03:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10373

Actions (login required)

View Item View Item