Geologi am dan geokimia unsur-unsur surih endapan resen Kawasan Kuala Abai-Kuala Tempasuk, Kota Belud, Sabah

Nur Firdaus Ishak, (2005) Geologi am dan geokimia unsur-unsur surih endapan resen Kawasan Kuala Abai-Kuala Tempasuk, Kota Belud, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002482.pdf

Download (717kB) | Preview

Abstract

Kuala Abai- Kuala Tempasuk disempadani oleh latitud 6°21.9' U hingga 6°25.9' U dan longitud 116°20.4' T hingga 116°25' T. Tujuan kajian ini dijalankan adalah mengkaji aspek geologi am, menghasilkan peta geologi dan peta geokimia kawasan kajian, mengkaji perbandingan geokimia endapan resen seperti kandungan organik, kandungan air, pH serta unsur-unsur surih (kromium, kuprum, plumbum dan zink) yang terdapat di sekitar Kuala Abai, Kuala Tempasuk, Kuala Bira-Biraan, Kuala Tempasuk dan Pantai Emas. Morfologi kawasan pantai adalah pantai berpasir dan dipengaruhi oleh ombak dan arus pasang surut. Sungai Abai, Sungai Bira-biraan dan Sg. Tempasuk adalah sungai peringkat tua yang bermeander. Keseluruhan kawasan kajian terdiri daripada endapan aluvium dan sebahagian kecil adalah Formasi Crocker. Batu pasir di kawasan ini dikelaskan sebagai kuarza wak. Sampel tanah di kawasan kajian kebanyakannya berpasir dan sebahagian kecil merupakan pasir berloam, loam berpasir, loam kelodak berpasir dan liat. Nilai pH bagi semua stesen muara sungai dan pantai adalah beralkali dan stesen sungai adalah berasid. Kepekatan zink adalah paling dominan di kawasan muara dan sungai. Kepekatan kromium adalah paling dominan di kawasan pantai. Kepekatan unsur surih secara keseluruhannya adalah berkadar terus dengan pH, kandungan organik dan peratus lempung.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: geochemistry, Crocker formation, quartz wacke, estuary, river station, Chromium, trace element
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 28 Jan 2015 03:07
Last Modified: 24 Oct 2017 03:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10386

Actions (login required)

View Item View Item