Biologi eisenia foetida

Edana @ Sherlin David, (2006) Biologi eisenia foetida. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002487.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Objektif pertama kajian ini ialah mengkaji kitar bidup Eisenia foetida dengan menggunakan najis lembu sebagai medium pembiakan, menentukan pertumbuhan cacing ini iaitu pertambahan berat dan panjang cacing pada peringkat induk dan anak serta mengkaji penggunaan E. foetida sebagai agen pengkomposan dengan menggunakan najis lembu sebagai makanan. Kaedah yang dijalankan ialah menyediakan kotak simpanan cacing iaitu spesies cacing E. foetida, Lumbricus rubellus dan Perionyx excavatus diasingkan kepada lima kotak. simpanan cacing. Kemudian 105 ekor cacing induk E. foetida dikategorikan sebagai saiz kecil, 90 ekor dikategorikan sebagai saiz sederhana dan 97 dikategorikan sebagai saiz besar. Kokun diambil pada setiap minggu dan pemerhatian dibuat. Bacaan berat dan panjang diambil pada setiap minggu bagi semua cacing induk dan anak-anak cacing. Bagi kotak. simpanan cacing pertama E. foetida mempunyai peratus kehadiran yang tertinggi iaitu 65.45%, P. excavatus mempunyai peratus kehadiran yang paling rendah iaitu 2.66% dan peratus kehadiran gonggok ialah 60.55%. Bagi kotak simpanan cacing kedua spesies E. foetida mempunyai peratus kehadiran yang tertinggi iaitu 80.24%, P. excavatus mempunyai peratus kehadiran yang paling rendah iaitu 1.22% dan peratus kehadiran gonggok ialah 48.17%. Bagi keputusan pertumbuhan semua kategori cacing induk dan anak-anak cacing didapati semua cacing ini mempunyai pola pertumbuhan berbentuk sigmoid. Bagi Kotak. Kokun 1, peratus kokun yang menetas ialah 51.46%, 75.50% bagi Kotak Kokun 2,65.69% bagi Kotak Kokun 3 dan bagi Kotak. Kokun 4 didapati 6.78% sahaja kokun yang menetas. Bagi pengkomposan, makanan yang diberi pada pertama kali habis dikompos selama empat minggu, makanan pada kali kedua habis dikompos selama lima minggu dan makanan yang diberi pada kali ketiga habis dikompos selama enam minggu. Objektif pertama tidak. dapat dicapai kerana berlaku kesilapan dalam langkah kerja Kesimpulannya, semua cacing induk dan anak-anak cacing mempunyai pola pertumbuhan yang sama dan semua cacing induk memerlukan masa yang sama untuk menghabiskan 100 g berat kering najis lembu

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: life cycle, Eisenia foetida, cow dung, compost agent, worm, stock culture
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 21 Jan 2015 01:27
Last Modified: 24 Oct 2017 03:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10395

Actions (login required)

View Item View Item