Taburan populasi tikus domestik di anjung selera dan kawasan flat yang berhampiran

Norhaiza Mahaidin, (2005) Taburan populasi tikus domestik di anjung selera dan kawasan flat yang berhampiran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002489.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap taburan populasi tikus domestik (famili Muridae) telah dijalankan di Anjung Selera dan kawasan flat yang berhampiran. Kajian ini telah berlangsung selama sembilan hari iaitu di antara bulan Julai hingga Ogos. Pemerangkapan telah dilakukan tiga lokasi yang berbeza iaitu di Anjung Selera, kawasan jalan raya serta flat. Dengan menggunakan kaedah tangkap-tanda-lepas, didapati saiz populasi tikus yang menghuni kawasan kajian adalah dianggarkan sebanyak 216 ekor manakala jumlah individu yang berjaya ditangkap ialah 51 ekor. HasiI tangkapan meliputi tujuh spesies tikus iaitu R tiomanicus, R argentiventer, N. cremoriventer, R norvegicus, R rattus, R exulans dan S. muelleri. Individu jantan yang berjaya ditangkap adalah 18 ekor manakala individu betina pula adalah sebanyak 33 ekor. Anjung Selera telah mencatatkan jumlah tangkapan individu tikus yang paling tinggi iaitu 27 ekor, flat dengan 15 ekor dan terakhir adalah jalan raya dengan tangkapan hanya 9 ekor. Spesies R. norvegicus adalah spesies yang paling banyak ditangkap manakala spesies N. cremoriventer adalah yang paling sedikit Daripada kajian ini juga, didapati kepelbagaian spesies di flat adalah yang paling tinggi dan ini diikuti oleh jalan raya dan Anjung Selera. Terdapat perbezaan kepelbagaian spesies di antara Anjung Selera dan flat manakala bagi Anjung Selera dan jalan raya serta flat dan jalan raya didapati tiada perbezaan kepelbagaian spesies.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Anjung Selera, rat, population, residential area, diversity, size
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 27 Jan 2015 05:51
Last Modified: 24 Oct 2017 05:48
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10398

Actions (login required)

View Item View Item