Geologi am dan sedimentologi kawasan Merapok - Lawas, Sarawak

Jofranklin Valentine, (2006) Geologi am dan sedimentologi kawasan Merapok - Lawas, Sarawak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002491.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian yang dibatasi oleh garis lintang 04º49' U hingga 04º58' U dan garis bujur 115º25' T hingga 115º30' T berkeluasan 98 km² dan terdapat di sepanjang jalan utama Merapok-Lawas dati km 28 hingga km 14. Analisis struktur geologi rantau dan tempatan menunjukkan kawasan kajian mengalami satu episod deformasi dengan daya canggaan dalam arah Barat laut - Tenggara. Formasi Meligan di kawasan kajian ditindih oleh Endapan Kuatenari. Litologi bagi Formasi Meligan dibahagikan kepada empat unit batuan utama iaitu Unit Batu Pasir Tebal (Unit I). Unit Selang Lapis Batu Pasir dengan Batu Lumpur (Unit II), Unit Batu Lumpur (Unit II), Unit Selang Lapis Batu Pasir Berkonglomerat dengan Batu Lumpur Berkarbon (Unit IV). Fosil tinggalan bivalvia dan kesan korekan menegak yang dijumpai pada batuan pasir tebal menunjukkan hubungan sekitaran pengendapan dengan iknofasies kawasan berada pada kawasan iknofasies Scolithos dan iknofasies Cruziana, Zoophycus. Analisis jujukan menegak dan struktur sedimen mencadangkan formasi ini merupakan endapan jenis delta. Kajian petrografi bagi batuan di kawasan kajian menunjukkan pengelasan batu pasir adalah data jenis kuarza arenit

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: geological structure, Meligan Formation, Quaternary Deposit, sandstone, quartz arenite
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 21 Jan 2015 08:17
Last Modified: 24 Oct 2017 05:49
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10404

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository