Geologi am dan sedimentologi kawasan kampung Menangkob Tamparuli

Bala Saravanan Bagavath Singam, (2005) Geologi am dan sedimentologi kawasan kampung Menangkob Tamparuli. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002499.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak pada arah tenggara dari pekan Tamparuli yang meliputi Kampung Togop, Kampung Menangkob, Kampung Kaporingan, Kampung Kapa Bawang, Kampung Kapa, dan Kampung Puhus dengan keluasan 25 Kilometer persegi. Kawasan ini disempadani oleh garis melintang 06° 07' U hingga 06° 09' U dan garis bujur 116° 19' T to 116° 21' T. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker dan endapan aluvium Kuaternari. Terdapat juga kawasan batuan igneus di sekitar kawasan Kampung Kapa. Jujukan unit batuan Formasi Crocker kawasan kajian terdiri daripada empat unit utarna iaitu unit batu pasir. unit selanglapis batu pasir-syal. syal dan batu lumpur. Unit batu pasir pula boleh dibahagikan kepada subunit batu pasir tebal dan subunit batu pasir nipis. Terdapat beberapa struktur sedimen yang dapat dicerap di kawasan ini seperti sesar sungkup, sesar normal, kekar, laminasi selari. kesan flut, dan kesan beban. Formasi Crocker di kawasan kajian adalah berusia dari Eosen Lewat hingga Miosen Awal. Kawasan kajian berkemungkinan berada dalam endapan tepi kipas laut tengah dimana batuan sedimen ini terendap secara turbidit yang memperlihatkan fasies B, C, D dan E. Pengkelasan batu pasir menunjukkan bahawa batu pasir di kawasan kajian adalah jenis greiwak. Batu pasir ini buruk dari segi kematangan fizikal sebaliknya baik dari segi kematangan kimia. Arab arus kuno kawasan kajian pula ialah U 020º T yang memperlihatkan punca sedimen bergerak dari selatan dan memasuki lembangan memanjang yang bertrend utara-selatan. Sesar-sesar sungkup yang berlaku di antara unit batu pasir tebal dan syal membuktikan bahawa berlakunya pembentukan perulangan unit litostratigrafi di kawasan kajian dan juga kawasan sekitarnya. Tafsiran terhadap gaya struktur seperti pelapisan, sesar, kekar dan lineamen secara rantau dan tempatan menunjukkan bahawa arab mampatan yang berlaku di kawasan kajian adalah berarah Barat Laut - Tenggara (BL - TG).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Crocker formation, sandstone, sedimentary structure, Quartenary alluvium, igneous rock
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 27 Jan 2015 05:44
Last Modified: 24 Oct 2017 05:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10416

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository