Geologi am dan geomorfologi Teluk Sulaman, Tuaran

Meor Syazwan Meor Mohamed Aiyub, (2005) Geologi am dan geomorfologi Teluk Sulaman, Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002503.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di dalam Daerah Tuaran, Pantai Barat Sabah. Kawasan kajian dibatasi oleh garis latitud 6°15'U hingga 6°17'U dan garis longtitud 116°12'T hingga 116°19'T. Keluasan kawasan kajian adalah sekitar 65 km². Kajian dilakukan bagi memahami geologi am kawasan kajian dari aspek litologi jujukan stratigrafi dan struktur geologi. Di samping itu, penekanan juga diberikan kepada geomorfologi kawasan kajian dan proses-proses morfologi yang terlibat. Kaedah kajian ini melibatkan kerja lapangan dan analisis makmal. Litologi kawasan kajian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Formasi Crocker dan endapan Aluvium Kuatemari. Litologi Formasi Crocker terdiri daripada unit batu pasir teba), unit selang-lapis batu pasir dan syal dan unit syal. Kajian petrografi menunjukkan batu pasir di kawasan kajian mempunyai isihan yang buruk, tidak matang secara fizikal dan matang secara kimia. Analisis struktur di kawasan kajian mendapati arah daya utama yang bertindak adalah dari arah baratlaut-tenggara dan baratdaya-timurlaut. Perubahan paling ketara dalam tempoh 34 tahun di kawasan kajian adalah pada Tanjung Torong Teru. Perubahan pada bentuk tanjung ini dipengaruhi oleh arus pesisir. Proses-proses geomorfologi yang berlaku di kawasan kajian adalah seperti luluhawa yang meliputi luluhawa fizikal, kimia dan organik, susutan darat seperti rayapan dan gelongsoran puing dan hakisan oleh air mengalir dan ombak.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: geological structures, sediment, petrographic, formation
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 27 Jan 2015 05:43
Last Modified: 24 Oct 2017 06:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10420

Actions (login required)

View Item View Item