Pengukuran kedalaman cecair dengan kaedah kapasitans

Sim, Kwan Tack (2004) Pengukuran kedalaman cecair dengan kaedah kapasitans. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002511.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah untuk membina dan menggunakan satu kapasitor sebagai pengukur kedalaman air dengan menggunakan air sebagai bahan dielektriknya. Kapasitor plat selari telah digunakan untuk menentukan nilai pemalar dielektrik air, εair. Kapasitor plat selari dibina dengan menggunakan dua plat aluminium yang mempunyai lebar satu inci masing-masing. Nilai εair dikira dengan menggunakan nilai kapasitans kapasitor plat selari, Cp. Nilai εair ialah 88.4. Kapasitor yang menjadi pengukur kedalaman air ialah kapasitor silinder. Kapasitor silinder ini terdiri daripada dua silinder sepaksi. Kapasitor silinder ini dibina dengan menggunakan dua silinder aluminium yang mempunyai diameter setengah inci dan satu inci masing-masing. Kaspasitor silinder ini dikalibrasikan dengan mengukur nilai kapasitans, C. untuk kedalaman air bermula pada paras 1.00 cm hingga 10.00 cm, untuk setiap penigkatan 1.00 cm. Kemudian nilai-nilai C₈ ini dibandingkan dengan nilai-nilai kapasitans, Ct yang dikira secara teori. Baeaan nilai C, mempunyai nilai yang konsisten, iaitu mempunyai pemalar kolerasi, R2 = 0.9998. Walau bagaimanapun, ia terdapat ketakpastian apabila dibandingkan dengan nilai-nilai teori, Ct, iaitu mempunyai peratus ketakpastian sebanyak ± ) 0.8 %. Kapasitor silinder yang telah dikalibrasi ini digunakan untuk mengukur kedalaman air, h. untuk memperoleh nilai kapasitans, C yang sepadan. Daripada graf kedalaman air, h lawan nilai kapasitans, C, hubungan yang dapat diperoleh ialah h = 0.0153 C - 0.1715.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: parallel plate capacitor, building, water level, dielectrics, cylindrical capacitor, theoretical equation
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Feb 2015 03:37
Last Modified: 24 Oct 2017 06:15
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10482

Actions (login required)

View Item View Item