Geologi am dan eksplorasi emas dengan menggunakan unsur petunjuk (Ni, Cu, Zn, Ph dan As) di kawasan gunung Pock, Semporna, Sabah

Ahmad Faizal Abi Setama, (2004) Geologi am dan eksplorasi emas dengan menggunakan unsur petunjuk (Ni, Cu, Zn, Ph dan As) di kawasan gunung Pock, Semporna, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002517.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di daerah Semporna, Sabah dengan dibatasi garis lintang 4º24'U hingga 4º 29' U dan garis bujur 118° 18' T hingga 118º23'. T dengan keluasan kawasan sekitar 56 kilometer persegi. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Kalumpang yang berusia miosen, batuan volkanik yang berusia pliosen dan juga endapan aluvium kuartener. Kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu kajian mengenai geologi am kawasan kajian dan juga eksplorasi emas menggunakan unsur-unsur penunjuk di kawasan kajian. Objektifkajian ialah untuk memahami geologi am kawasan kajian dan juga melakukan eksplorasi emas dengan menggunakan unsur-unsur petunjuk. Formasi kalumpang terdiri daripada unit batuan seperti batu pasir, syal dan tuf. Batuan volkanik pula terdiri daripada batuan andasit dan dasit. Analisis kekar menunjukkan arab canggaan bertren timur laut-barat daya. Eksplorasi emas menunjukkan unsur-unsur petunjuk yang hadir dalam kawasan kajian terdiri daripada Nikel (Ni), Kuprurn (Cu), Zink (Zn), Plumbum (Pb) dan Arsenik (As). Data unsur-unsur petunjuk yang diperoleh melalui analisis menunjukkan Nikel mempunyai juiat bacaan dari 0.04 ppm bingga 2.25 ppm, Kuprum mempunyai julat bacaan dari 0.43 ppm bingga 25.54 ppm, Zink pula mempunyai jutat bacaan dari 2.30 ppm bingga 25.20 ppm, Plmnbum mempunyai julat bacaan dari 0.08 ppm hingga 8.39 ppm dan Arsenik mempunyai julat bacaan dari 7.45 ppm hingga 86.25 ppm. Data pH sampel yang diambil kawasankajian menunjukkan julat bacaan dari pH 5 hingga pH 7. Korelasi antara pH dan unsur-unsur petunjuk ini menunjukkan bahawa semakin tinggi nilai pH tanah semakin kurang kepekatan unsur-unsur penunjuk.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Kalmnpang Formation, Volcanic rock, Quatenary alluvium, pliocene, gold
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Feb 2015 03:31
Last Modified: 24 Oct 2017 06:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10489

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository