Percambahan biji benih Bulbophyllum lobbii (Orchidaceae) Secara in vitro

Melannie Clarice Mujip, (2005) Percambahan biji benih Bulbophyllum lobbii (Orchidaceae) Secara in vitro. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae00000025199.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian percambahan biji benih Bulbophyl1um lobbii secara in vitro dijalankan untuk mengkaji viabiliti biji benih, menentukan media yang sesuai, mengkaji kesan cahaya serta kesan penambahan arang dan beberapa jenis additif organik iaitu air kelapa, ekstrak tebu, ekstrak tauge dan jus tomato, ke atas percambahan dan perkembangan biji benih B. lobbii. Media asas yang digunakan adalah ½MS, KC, VW dan media tauge pada pH 5.3, dengan kepekatan sukrosa sebanyak 30 gl�¹. Kultur diletakkan dalam bilik pengkulturan pada suhu 27�C, dengan dedahan cahaya lampu kalimantang 800W selama 24 jam kecuali kultur yang mengkaji kesan cahaya 16 jam cerah, 8 jam gelap (kebuk pertumbuhan) dan keadaan gelap penuh. ViabiIiti sampel biji benih yang digunakan mempunyai tahap viabiliti yang tinggi iaitu sebanyak 81.38 ± 5.04 %. Media yang paling sesuai untuk percambahan dan perkembangan biji benih B. lobbii adalah ½MS, diikuti oleh media KC, VW dan media tauge, masing-masing dengan indeks pertumbuhan sebanyak 240.03 ± 16.20,213.38 ± 21.27, 168.51 ± 2.61 dan 150.32 ± 3.88 pada 105 hari selepas kultur. Keputusan ini menunjukkan spesies ini memerlukan media yang mempunyai kandungan nutrien yang lebih kompleks. Kadar perkembangan biji benih pula dinilai dengan membandingkan nilai indeks pertumbuhan pada hari tertentu. Cahaya didapati merupakan satu keperluan untuk percambahan dan perkembangan biji benih B. lobbii. Keadaan gelap membantutkan percambahan dan perkembangan bij i benih. Pada hari ke-165 selepas kultur, indeks pertumbuhan bagi kultur dalam cahaya 24 jam, 16 jam cerah; 8 jam gelap dan gelap penuh masing-masing adalah 329.66 ± 15.21, 319.78 ±13.83 dan 187.29 ±31.18. Penambahan arang pula didapati tidak memberi kesan signifikan terhadap pertumbuhan kultur. Sesetengah additif organik berupaya menggalakkan percambahan dan perkembangan biji benih. Peratus percambahan dihasilkan paling tinggi di dalam media 10-15% (v/v) air kelapa masing-masing sebanyak 92.76% dan 92.12%. Indeks pertumbuhan pula didapati paling tinggi di dalam media ½MS yang ditambah sebanyak 15% (v/v) ekstrak tauge (371.55 ±5.03), diikuti 5-10% (v/v) ekstrak tebu (367.29 ±11.23 dan 358.03 ±14.40) dan 10-15% (v/v) air kelapa (353.69 ±10.93 dan 335.84 ±5.07).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: in vitro, orchid, germination, seed, basal media
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Mar 2015 06:22
Last Modified: 24 Oct 2017 06:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10522

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository