Kesan sumber karbon dan hormon terhadap proliferasi dan perkembangan protokorm Dendrobium secundum

Noraini Amni, (2005) Kesan sumber karbon dan hormon terhadap proliferasi dan perkembangan protokorm Dendrobium secundum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002547.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan sumber karbon dan hormon terhadap proliferasi dan perkembangan protokorm Dendrobium secundum. Kesan sumber karbon iaitu sukrosa, glukosa dan fruktosa pada kepekatan 2% dan 4% dan kesan hormon NAA dan BAP secara tunggal dan kombinasi pada kepekatan yang berbeza (2µM dan 4µM) merupakan rawatan yang digunakan dalam kajian ini. Rawatan dibekalkan kepada media kultur VW dengan pH 5.2. Protokorm dikulturkan pada media yang mengandungi rawatan dan disimpan dalam bilik cerah 24 jam pada suhu 25± 2°C. Bagi kesan sumber karbon, proliferasi protokorm adalah paling baik pada 4% (w/v) glukosa. Sebanyak 22.7% protokorm yang terproJiferasi kesan daripada rawatan ini. Manakala 2% (w/v) glukosa adalah baik untuk pertumbuhan pucuk iaitu sebanyak 44.5% dan pertumbuhan akar pada 4% glukosa iaitu sebanyak 11.27%. Bagi kesan hormon pula, proliferasi protokorm adalah paling baik pada 4µM NAA iaitu sebanyak 31.75% manakala bagi pertumbuhan pucuk pula adalah pada kombinasi 2µNAA : 2µM BAP iaitu sebanyak 35.10% dan pertumbuhan akar pada 2µM NAA iaitu sebanyak 6.25%.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: carbon source, hormone, protocorm proliferation, regeneration, Dendrobium secundum, treatment
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 18 Mar 2015 02:31
Last Modified: 24 Oct 2017 07:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10599

Actions (login required)

View Item View Item