Percambahan dan perkembangan biji benih Dimorphorchis rossii secara 'in vitro'

Rohainah Amin, (2005) Percambahan dan perkembangan biji benih Dimorphorchis rossii secara 'in vitro'. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002549.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Dimorphorchis rossii merupakan spesis endemik yang banyak terdapat di pulau Borneo terutama sekali Sabah. Kepupusan spesis ini yang berada dalam bahaya perlulah ditangani kerana keunikan bunganya yang menarik berbeza daripada pokok orkid yang lain. Kajian ini melibatkan tiga objektif utama iaitu mengetahui kesan media, kesan kompleks aditif dan kesan karbon ke atas percambahan dan perkembangan biji benih Dimorphorchis rossii. Media asas yang digunakan di dalam kajian ini ialah Media MS (Murashige & Skoog, 1962), Media KC (Knudson, 1942) dan Media VW (Vacin & Went, 1920) bagi mendapatkan media terbaik untuk percambahan biji benih. Beberapa kompleks aditif telah ditambah dalam kajian pertama untuk mendorong pertumbuhan biji benih D. rossii yang mana ianya termasuklah jus tomato dan air kelapa dengan tiga jenis kepekatan iaitu 10% (v/v), 15% (v/v) dan 20% (v/v) serta 0.2% (w/v) yis dan peptone. Kajian mendapati media terbaik untuk percambahan biji benih ialah Media MS (Murashige & Skoog, 1962) dengan penambahan 0.2% (w/v) yis. Dalam kajian kesan karbon, beberapa karbon yang digunakan termasuklah glukosa, sukrosa dan fruktosa dengan masing-masing mempunyai kepekatan yang sama iaitu 1 % (w/v), 2% (w/v), 3% (w/v) dan 4% (w/v). Kajian ini menunjukkan 3% (w/v) sukrosa merupakan sumber karbon yang baik untuk perkembangan biji benih D. rossii. Selain itu, ia adalah sangat penting kepada tumbesaran eksplan kerana protokom yang disubkultur di dalam media kawalan iaitu media tanpa penambahan karbon tidak mengalami perkembangan tetapi mati selepas beberapa minggu.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Dimorphorchis rossii, yeast extract, germination, protocorm
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Mar 2015 06:07
Last Modified: 24 Oct 2017 07:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10601

Actions (login required)

View Item View Item