Pembangunan minuman teh mengkudu 4 dalam 1

Soh, Lee Teng (2006) Pembangunan minuman teh mengkudu 4 dalam 1. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002558.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk membangunkan minuman teh mengkudu 4 dalam 1. Pengformulasian awal ujian sensori pemeringkatan dijalankan ke atas 12 formulasi yang terbentuk berdasarkan peratus teh, gula, dan mengkudu (Morinda citrifolia L) yang berbeza. Formulasi-formulasi tersebut dibahagikan kepada 3 sesi untuk menguji penerimaan keseluruhan minuman teh mengkudu 4 dalam 1 dengan pemilihan 3 formulasi terbaik. Seterusnya, ujian hedonik telah dilakukan untuk memilih formulasi yang terbaik dari ujian pemeringkatan tadi. Formulasi terbaik yang terpilih mengandungi 8% teh, 2% mengkudu (Morinda citrifolia L.), 40% gula dan 50% krimer. Teh rnengkudu 4 dalam 1 dibungkus dengan plastik OPP/AL/PP dan disimpan selama 8 minggu pada suhu bilik untuk mengkaji mutu simpanan produk akhir berdasarkan ujian fizikomia, ujian mikrobilogi dan ujian penilaian sensorf. Ujiam fizikokimia yang dijalankan ialah pH dan jumlah pepejal terlarut. Daripada kajian didapati peningkatan nilai briks iaitu dari 13.40° briks ± 0.00 hingga 14.01° briks ±0.01 dan penurunan nilai pH dari 6.54 ±0.01 sehingga 6.41 ±0.01. Namun, perbezaannya adalah tidak ketara dan ini menunjukkan produk masih dalam keadaan yang stabil. Ujian mikroblologi yang dilakukan didapati mencapai tahap keselamatan. Ujian penilaian deria yang dilakukan pada minggu kelapan menunjukkan tiada perbezaan yang ketara dengan sampel segar. Ini menunjukkan produk disimpan dalam keadaan yang baik. Analisis penyerapan isoterma dan model matematik menunjukkan anggaran tempoh hayat teh mengkudu 4 dalam 1 ialah sebanyak 163 hari. Analisis proksimat telah dijalankan di mana kandungan lembapan, abu, lemak, serabut kasar, protein dan karbohidrat masing-masing mempunyai 2.25% ±0.08, 1.89% ± 0.08, 3.52% ± 0.05, 2.49% ± 0.03, 2.48% ± 0.07 dan 87.37%.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: mengkudu, ranking test, formulation, overall acceptance, isothermal absorption
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP368-456 Food processing and manufacture
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Mar 2015 05:58
Last Modified: 25 Oct 2017 06:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10610

Actions (login required)

View Item View Item