Penghasilan keropok segera daripada campuran ikan Decapterus russelli dan rumpai laut Eucheuma cottonii

Siti Meriam Haron, (2003) Penghasilan keropok segera daripada campuran ikan Decapterus russelli dan rumpai laut Eucheuma cottonii. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002560.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan penghasilan keropok segera daripada campuran ikan (Decapterus russelli ) dan rumpai laut (Eucheuma cottonil) ini bertujuan untuk membangunkan produk keropok berasaskan penggunaan ikan yang bemilai rendah sahaja dan dicampur rumpai laut yang banyak diusahakan di Sabah. Kaedah asas penghasilan diadaptasi daripada pemprosesan keropok ikan dari MARDI. Peringkat pemprosesan melibatkan pengadunan, pembentukan, pemasakan, pemotongan, pengeringan, penggorengan dan pembungkusan. Formulasi dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu keropok daripada serbuk rumpai laut dan rumpai laut segar. Keputusan ujian penilaian senson skala hedonik menunjukkan formulasi B1 adalah formulas; terbaik dari kumpulan rumpai laut segar dengan formulasi 25% ikan, 16% rumpai laut, 41 % campuran 1:1 tepung tapioka dan tepung sagu, 1.9% garam, 1.0% gula, 0.1% MSG dan 15% air. Keropok segera campuran ikan dan rumpai laut mempunyai nilai pemakanan sebanyak 10.01% air. 29.75% protein, 0.35% lemak, 51.6% karbohidrat, 2.4% serabut kasar dan 5.8% abu. Peratus pengembangan linear dan penyerapan minyak masing-masing adalah sebanyak 56.06 ± 1.06 dan 11.39 ± 0.02. Pembungkusan plastik dan ujian mutu simpanan mendapati plastik HOPE adalah paling baik untuk pembungkusan keropok segera campuran ikan dan rumpai laut. Keropok segera campuran ikan dan rumpai laut yang telah siap digoreng dan disimpan di dalam plastik HOPE 0.05mm mempunyai mutu simpanan antara 4-6 minggu.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: instant crackers, seaweed, fish, food processing, product development
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP368-456 Food processing and manufacture
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Mar 2015 05:57
Last Modified: 25 Oct 2017 06:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10612

Actions (login required)

View Item View Item