Penglibatan wanita dalam sektor tidak formal: Satu kajian kes di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Siti Rohayu Abdul Latib, (2009) Penglibatan wanita dalam sektor tidak formal: Satu kajian kes di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002561.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini menghuraikan dan mengupas seeara tetiti mengenai penglibatan wanita dalam sektor tidak formal di sekitar kawasan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Aspek kajian bertumpu kepada faktor-faktor yang mendorong wanita untuk menceburkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam sektor tidak formal. Selain itu, penyelidik cuba mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh wanita semasa menjalankan aktiviti harian mereka dalam sektor tidak formal. Seterusnya, penyelidik cuba melihat bagaimana kegiatan wanita dalam membahagikan tugas di antara sektor tidak formal dan rumahtangga. Hasil kajian menunjukkan sebilangan besar responden yang melibatkan diri dalam sektor tidak formal adalah disebabkan untuk menambahkan pendapatan keluarga di samping minat yang mendalam terhadap sektor perniagaan kecil-kecilan. Manakala masalah kekurangan modal merupakan masalah yang sering dihadapi oleh semua responden yang dikaji. Masa bekerja yang fleksibel tidak menghalang dan menyekat penglibatan responden dalam sektor tidak formal. Sementara itu, hasil pendapatan yang diperolehi oleh responden dapat mengurangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh keluarga masing-masing.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: women involvement, informal sector, working time, housework, financial problem
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Mar 2015 06:21
Last Modified: 25 Oct 2017 06:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10613

Actions (login required)

View Item View Item