Sejarah Persatuan Islam Putatan

Mohd. Amirudin Suhaimi, (2009) Sejarah Persatuan Islam Putatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002563.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian yang dijalankan untuk mengupas dan membicarakan tentang Sejarah Persatuan Islam Putatan (1959-1969). Dalam kajian ini ia menyentuh kepada latarbelakang perkembangan Islam secara ringkas di Putatan. Dalam masa sama, ia membincangkan sejarah penubuhan Persatuan Islam Putatan. PIP berperanan penting dalam pendidikan dengan cubaan membina sebuah madrasah yang sekaligus sebagai usaha PIP meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk Putatan. Sumbangan dari segi sosioekonomi yang dilakukan oleh PIP juga bukan sahaja melibatkan penduduk Putatan bahkan agensi yang lebih besar Akibat daripada kekurangan dana maka PIP telah merangka banyak aktiviti bagi menjayakan usaha mereka. Disamping itu, kajian ini cuba mengupas peranan yang dilaksanakan oleh PIP di Putatan terutamanya berkaitan dengan dakwah Islam sepanjang sepuluh tahun kewujudannya. PIP berusaha mewujudkan pertandingan membaca al-Quran, Perarakan Maulidur Rasul, menghapuskan amalan Kurafat, cuba menyelesaikan masalah hisab dan rukyah, menghadiri kongres Islam Malaysia Timur dan membuat pengislaman. Selain itu, kajian ini cuba merungkai penglibatan PIP di dalam politik di Sabah terutamanya menjelang kemerdekaan Sabah. PIP telah menerima jemputan oleh pihak tanah melayu untuk melihat sendiri perkembangan ekonomi di wilayah tersebut dan dijemput oleh Tun Mustaphake kongres USNO. Disini mula menonjolkan penglibatan ahli PIP di dalam pilihanraya walaupun PIP sebenarnya bukan persatuan politik. Yang terakhir, merupakan kesimpulan kepada peranan dan sumbangan PIP terhadap putatan khususnya dan Sabah pada amnya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: history, background, education, socioeconomic, Islam development
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Mar 2015 05:57
Last Modified: 25 Oct 2017 06:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10615

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository