Geologi Am Dan Survei Kerintangan Geoelektrik Di Kawasan Pantai Tuaran

Intan Zareena Mohd Yunus, (2003) Geologi Am Dan Survei Kerintangan Geoelektrik Di Kawasan Pantai Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002572.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sepanjang kawasan pantai Tuaran, Pantai Barat Sabah iaitu kira-kira 7 km daripada Bandar Tuaran dan 26 Ian dari Kota Kinabalu. Keluasan kawasan kajian pula adalah 27 km² dan ianya dibatasi oleh garis lintang 06° 8.0'U hingga 06° 13.3' U serta garis bujur 116° 8.0' T hingga 116° 12'T. Hampir keseluruhan kawasan kajian terdiri daripada Endapan Aluvium Kuatemer yang membentuk kawasan dataran rendah dan hanya sebahagian kecil kawasan iaitu unit batuan sedimen Formasi Crocker yang membentuk kawasan perbukitan. Pantai di kawasan kajian terdiri daripada pantai berpasir dan pantai berbatu. Unit-unit litologi yang mewakili endapan flysch adalah terdiri daripada selang lapis batu pasir tebal, batu pasir sederhana dan batu pasir nipis dengan batuan syal. Mendapan aluvium di kawasan kajian terdiri daripada endapan al~vium pantai, endapan aluvium sungai dan endapan paludal di mana terdiri daripada endapan paya dan gambut. Kaedah Duga Dalam Menegak (VES) dengan susunatur Schlumberger telah digunakan di dalam kajian. Keputusan yang diperolehi daripada survei ini telah memberikan tiga hingga empat perlapisan dengan julat kerintangan > 57.7 Ohm-m hingga 3662.5 Ohm-m. Kedalaman yang paling dalam dapat dikesan ialah 12.13 m. Keputusan interpretasi yang telah dijalankan dengan korelasi di antara log lubang gerudi dan nilai kerintangan menunjukkan kehadiran tiga unit lapisan di mana Iapisan yang pertama adalah Iapisan permukaan, lapisan yang kedua adalah pasir atau zon tepu dan lapisan yang ketiga adalah merupakan pasir dengan lodak. Kedalaman aras muka air tanah pada 0.5 m hingga 1.8 m menunjukkan kehadiran air bawah tanah di dalam lapisan yang kedua pada kedalaman antara 1 m hingga 8 m.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Tuaran coastal area, lowland area , Crocker Formation , flysch , Alluvium ,The Vertical Electrical Sounding (YES)
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 19 Mar 2015 07:10
Last Modified: 25 Oct 2017 06:23
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10679

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository