Regim Pemanasan Global: Amerlka Syarikat dan Kesatuan Eropah dalam protokol Kyoto.

Dan Darby Peter Ng, (2009) Regim Pemanasan Global: Amerlka Syarikat dan Kesatuan Eropah dalam protokol Kyoto. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002574.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Protokol Kyoto adalah sebuah regim alam sekitar antarabangsa yang diwujudkan bagi tujuan mengurangkan jumlah pengeluaran gas rumah hijau yang menjadi punca kepada masalah pemanasan global. Keadaan dunia yang semakin panas telah membawa kepada banyak masalah alam sekitar di peringkat global seperti kenaikan paras air laut dan perubahan cuaca yang mendadak. Hal yang sedemikian telah menyedarkan banyak negara mengenai peri pentingnya untuk Protokol Kyoto berfungsi dengan berkesan. Sesungguhnya sokongan dan komitmen daripada aktor negara adalah amat diperlukan untuk memastikan Protokol Kyoto dapat memberi penyelesaian kepada masalah pemanasan global. Walau bagaimanapun Protokol Kyoto mendapat tentangan yang hebat daripada Amerika Syarikat (AS). AS enggan meratifikasi Protokol Kyoto dengan menyatakan bahawa tindakan tersebut akan menjejaskan ekonomi AS. Berbeza dengan AS, Kesatuan Eropah (KE) memberikan komitmen yang baik dan merupakan penyokong kuat kepada Protokol Kyoto. Kajian ini menganalisa pendekatan yang diambil oleh AS dan KE dalam Protokol Kyoto. Di samping itu juga, kajian ini juga turut menilai kelemahan dan kekuatan Protokol Kyoto. Akhir sekali kajian ini menyimpulkan bahawa kemungkinan besar Protokol Kyoto tidak akan berjaya mencapai matlamat penubuhannya tanpa pengelibatan AS sebagai sebuah negara veto dalam isu ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Kyoto Protocol , global warming , environmental regime, European Union (EU) , enviromental problem
Subjects: J Political Science > JZ International relations
G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 30 Mar 2015 08:00
Last Modified: 25 Oct 2017 06:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10693

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository