Kesan kaedah pengeringan dan masa pengekstrakan terhadap gel karaginan Eucheuma Spinosum

Chai, Jien Loon (2009) Kesan kaedah pengeringan dan masa pengekstrakan terhadap gel karaginan Eucheuma Spinosum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002578.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kaedah pengeringan (pengeringan oven, matahari dan bawah teduhan) serta masa pengekstrakan (3 jam dan 5 jam) terhadap sifat gel karaginan. Perhubungan antara dua pembolehubah tidak bersandar ini juga dikaji dan didapati wujudnya kesan Interaksi (P ≤ 0.05) antara kedua-dua pembolehubah ini dalam mempengaruhi kesemua keputusan ujikaji. Hanya sampel pengeringan oven dan bawah teduhan menunjukkan perbezaan peratusan perolehan untuk kedua-dua masa pengekstrakan dengan sampel pengeringan oven mempunyai peratusan tertinggi (20.0 ± 3.1%). Karaginan dihasilkan mempunyai kandungan kelembapan dan pH masing-masing dalam julat 9.6 - 15.6% dan pH 11.4 - 11.7. Ujian FT-IR membuktikan hasil pengekstrakan adalah lota-karaginan. Kesemua sampel menunjukkan perbezaan yang signifikan (P ≤ 0.05) untuk kekuatan dan kelikatan gel. Sampel dlkeringkan dibawah teduhan dan diekstrak 5 jam memiliki nilal kekuatan gel (0.4 N) dan kelikatan gel tertinggi (42.9 ± 0.2 cP). Sampel dengan pengeringan matahari dan bawah teduhan mempamerkan poIa menaik untuk kekuatan dan kelikatan gel pada masa pengekstrakan yang lebih lama, tetapi keputusan bertentangan didapati daripada sampel disediakan melalui pengeringan oven. Secara kesimpulannya, sampel dari kaedah pengerfngan bawah teduhan dan masa pengekstrakan 5 jam mampu menghasilkan ciri-ciri gel karaginan yang terbaik antara semua kaedah yang diuji, akan tetapi cuma mempunyai peratusan perolehan yang sederhana sahaja.

Item Type: Academic Exercise
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 30 Mar 2015 08:03
Last Modified: 25 Oct 2017 06:28
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10697

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository