Perbandingan jumlah kandungan Polifenol di dalam teh herba bunga kekwa, kuntum bunga ros, dan lavender

Abdul Rahman Abdul Rashid, (2010) Perbandingan jumlah kandungan Polifenol di dalam teh herba bunga kekwa, kuntum bunga ros, dan lavender. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002580.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kandungan polifenol hadir dalam pelbagai hasil tumbuhan seperti buah, sayur, dan juga teh herba sebagai salah satu komposisi penting dalam diet manusia dan haiwan. Kebaikan polifenol menyediakan bantuan terbaik menentang pembentukan penyakit kronik, adalah kerana ia mengandungi komposisi antioksida. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan dan membandingkan jumlah kandungan polifenol dl dalam teh herba melalui dua kaedah yang berbeza. Perbandingan jumlah kandungan polifenol di dalam tiga jenis teh herba dari Taiwan yang diperolehi daripada kedai teh tempatan di Kota Kinabalu telah dijalankan. Pemilihan teh herba adalah berdasarkan kepada permintaan yang tinggi daripada pembeli iaitu teh herba bunga kekwa, kuntum bunga ros, dan lavender. Jumlah kandungan polifenol bagi setiap sampel dianalisa dengan menggunakan kaedah Ferrous tartrate dan kaedah Folin-Ciocalteu, dengan pengekstrakan akuas dan penentuan oleh UV-Spektrofotometer. Julat dan min bacaan untuk jumlah kandungan polifenol (mg/g) dengan menggunakan kaedah Ferrous tartrate termasuk parameter yang berlainan adalah seperti berikut; teh herba asli (20.341- 29.433; 24.887), campuran dua teh herba (21.835-32.146; 17.994), dan campuran tiga teh herba (37.020). Manakala bagi kaedah Folin-Oocalteu termasuk parameter yang berlainan pula, julat dan min bacaan untuk jumlah kandungan polifenol (mg/g) adalah seperti berikut; teh herba asli (17.833-20.678; 19.256), campuran dua teh herba (19.770-22.346; 14.039), dan campuran tiga teh herba (23.073). Kesemua sampel kemudian dianalisa melalui ujian satu-arah ANOVA, yang mana menunjukkan teh herba kuntum bunga res mengandungi jumlah kandungan polifenol yang paling tinggi berbanding teh herba bunga kekwa dan lavender. Ujian-t tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara dua kaedah penganalisian (p < 0.05). Kesimpulannya, kepekatan kandungan polifenol akan meningkat apabila kepekatan teh herba ditingkatkan. Adalah lebih baik untuk menggunakan kaedah Ferrous tartrate dalam analisis polifenol berbanding kaedah Folin-Ciocalteu.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Polyphenol , herbal tea , chrysanthemum, rosebud,lavender , Folin-Gocalteu method, uv-Spectrophotometer
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 30 Mar 2015 07:56
Last Modified: 25 Oct 2017 06:30
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10699

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository