Hubungan iklim kerja dan pengurusan bilik darjah dengan stres guru prasekolah

Yusliza Yusof, (2013) Hubungan iklim kerja dan pengurusan bilik darjah dengan stres guru prasekolah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
9Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara iklim kerja dan pengurusan bilik darjah dengan stres guru prasekolah di daerah Semporna. Sebanyak 65 buah prasekolah yang terlibat dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 56 orang guru. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan. Data kajian dikutip melalui soal selidik yang mengandungi 49 item. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) for Windows version 15.0. Dapatan dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dan statistik inferensi seperti ujian-t; ANOVA satu hala dan korelasi pearson-r. Keputusan Ujian-t yang dilakukan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres berdasarkan jantina (Sig.(2 tailed)=0.105 (p>0.05) dan kategori perkhidmatan (Sig.(2 tailed)=O.271 (p>0.05). Analisis ANOVA satu hala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres berdasarkan tempoh perkhidmatan (Sig = 0.342 (p>0.05). Manakala Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan sederhana r=0.427 (sig.=.001, p<0.05) antara iklim kerja dengan tahap stres guru dan terdapat hubungan yang signifikan dan sederhana antara pengurusan bilik darjah dengan tahap stres guru r=0.477 (sig.=.001, p<0.05). Kajian ini juga membentangkan beberapa cadangan kepada penggubal dasar, guru besar, dan pentadbir sekolah untuk menambahbaik iklim sekolah bagi membantu guru-guruuntuk lebih komited dan bermotivasi dalam tugas ke arah kecemerlanganorganisasi pendidikan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Climate work , classroom management , stres , pre-school teachers ,Semporna , gender , teaching aids
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:10714
Deposited By:IR Admin
Deposited On:26 Mar 2015 15:14
Last Modified:27 Apr 2015 17:04

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository