Penggunaan lagu dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah tingkatan empat

Maimi Janteng, (2013) Penggunaan lagu dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah tingkatan empat. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah .

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan lagu dalam meningkatkan kebolehan pelajar mengingati urutan fakta dan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk 'Ciri-Ciri Tamadun' bagi mata pelajaran sejarah tingkatan empat. Mata pelajaran sejarah dianggap sebagai mata pelajaran membosankan dan boleh memberi impak negatif terhadap pencapaian pelajar. Sebagai langkah penyelesaian kepada masalah tersebut, penggunaan lagu telah diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah. Sampel kajian terdiri daripada 10 orang pelajar tingkatan empat dan seorang guru dari salah sebuah sekolah di daerah Keningau. Melalui kajian ini, penyelidik menggunakan beberapa instrumen dalam mengumpul data kajian seperti kaedah pemerhatian, temu bual, sumber dokumen dan ujian lisan. Dapatan kajian yang telah dikumpul menunjukkan bahawa pel ajar berasa seronok dan memberi lebih tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan alat bantu mengajar berkonsepkan lagu. Oleh itu, penggunaan alat bantu mengajar menggunakan lagu telah dicadangkan dalam kajian ini bagi membantu pelajar mengingati urutan fakta di samping dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Songs , Ciri- Ciri Tamadun , teaching and learning process , history subject
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:10723
Deposited By:IR Admin
Deposited On:26 Mar 2015 15:05
Last Modified:26 Mar 2015 15:05

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository